Ulasan Motivator Muda Bahagian 2

Salam hormat buat yang layak dihormati. HA teringat akan kata-kata yang selalu disebut berkali-kali oleh motivator tersohor negara kita yang dipetik dari sabda nabi junjungan , katanya “jika kita sayang semua benda atas muka bumi, insyaAllah yang di langit akan sayang dekat kita”. Tapi, macam mana kita nak sayang kalau kita tak saling kenal siapa ehem2 kita. Ha Ha Ha. Kali ini HA buat keputusan untuk berceloteh secara santai sikit. Muak HA pabila tertengok entry lama. Formal bebenor.

Buat kali kedua, perempuan didahulukan. Siapa perempuan? Siapa lelaki? Kedua-dua makhluk tuhan ini pastinya ada kelebihan dan kekurangan yang teristimewa. “tidak ada siang bernama hari, tidak ada malam bernama hari, oleh itu marilah kita khabarkan pada siang dan malam bahawa mereka ini saling bergantungan bagi melengkapkan pusingan hari.” Lelaki perlu kenal perempuan, perempuan juga perlu kenal lelaki. Andai itu takdirnya, akad nikah tempat mula, liang lahad lubang akhir.  Teringin juga HA berpuitis sekali-sekala. Sudah pasti kedua-dua ini berbeza zahir dan batin.


Mari kita terjah rahsia perempuan yang lemah-lembut sangat. Yang kini bukan lagi rahsia. Perempuan sangat menghargai kasih sayang, komunikasi, kecantikan dan hubungan. Mari HA hurai satu persatu. Kasih sayang, perempuan akan berasa bangga kalau tak banyak pun sikit mesti ada, kalau ramai insan dalam dunia sayang @ syok dekat dia. Tapi lelaki jangan bimbang, walaupun perempuan tahu ramai yang syok kat dia, perempuan hanya akan memilih satu untuk dimuatkan dalam hatinya. Sebabnya, memang diciptakan begitu. Ironinya, perempuan hanya boleh nikah 1 walaupun gajinya 4 kali ganda tuan hakim mahkamah syariah. Sekarang, lelaki boleh menarik nafas lega. Komunikasi pulak, perempuan sangat suka orang yang pandai melayannya bercakap, tak kira lelaki atau perempuan, . Sembang sampai pagi pun tak apa, layan saja. Oleh sebab perempuan suka sembang, maka tak hairanlah perempuan mampu bercakap secara spontan walaupun perkara yang hendak cakap kurang penting. Kecantikan. Dari hujung rambut sampailah hujung bulu roma jari kaki (kalau ada) mesti sepadan. Jangan terkejut dugong kalau perempuan cakap berbunyi “I xde baju la…”. Padahal realitinya baju penuh sealmari. Rupanya, dalam almari tak ada baju yang sama warna dengan tudung, kasut, stoking dan pakaian kecil yang lain. Pabila mendengar kata ini, lelaki yang mula lega kembali sesak nafas. Sebab, ongkosnya bakal dialirkan. Nasib baik dapat bonus.  Hubungan, perempuan meletakkan nilai hubungan sebagai harga diri. Jika hubungan perempuan dengan manusia lain dalam keadaan yang baik, itu sudah mencukupi bagi perempuan. Maka sebab itu, jika berlaku keretakan hubungan, perempuan akan cepat sensitif dan merasa kurang senang untuk melalui liku kehidupan. Perempuan melihat keluar makan sebagai satu wadah untuk mengeratkan hubungan sesama manusia. Dengan keluar makan, perempuan akan berkongsi masalah dan merembeskan tekanan dalam jiwa. Itu realiti keluar makan dari pandangan perempuan.


Ayuh !!! kita bergerak perlahan pula menyusup masuk gua peribadi lelaki. Jantina yang disimbolkan dengan dengan simbol gagah dan penuh ego.  Lelaki pentingkan kuasa, kebolehan, kecekapan dan pencapaian.  Sejak azali lagi, lelaki perlu kuasa. Tengoklah semua hero-hero dalam filem, yang terbang sana-sini, yang buat sarang tengah kota metropolitan, yang tidur songsang (kaki atas kepala bawah), semuanya lelaki. Ha Ha Ha. Realitinya lelaki sangat menagihkan kuasa bagi mengharungi kehidupan seharian.  Bagi lelaki, kuasa sangat penting bagi membuktikan dirinya wujud di alam ini. Bagi perempuan, kereta mewah, jawatan, alatan teknologi canggih dan serba-serbi lagi mungkin cuma impian sampingan tetapi bagi lelaki, konstituen ini mempunyai daya kuasa hebat yang mampu memberi nilai maskulin yang tinggi. Lelaki suka menunjukkan kuasa yang ada walau dengan apa cara sekalipun.  Tak kiralah dari cara lelaki bercakap sehinggalah uniform yang dipakainya. Nak tunjuk kuasa. Sebab itulah, lelaki pantang perempuan memberi pendapat untuk selesaikan masalah. Menawarkan lelaki pendapat tanpa diminta, adalah seperti mengganggap lelaki itu bodoh sebenarnya. Harga diri lelaki adalah melalui kebolehan lelaki mencapai matlamat. Lelaki puas hati apabila dapat mencapai apa yang dihajati dengan hasil usahanya sendiri.  Kata lelaki, “mengapa perlu libatkan orang lain jika saya dapat melakukannya sendiri?”. Lelaki sangat teruja bila mendapat pujian dari orang yang dia sayang, Terasa diri cukup berharga. Lebih mahal dari segalanya. Cukup setakat itu, selebihnya terpulanglah kepada manusia untuk menilai sendiri realiti adjektif lelaki. Harus ingat, oleh kerana lelaki punya 9 akal, 1 nafsu, lelaki boleh berubah-ubah watak mengikut apa yang lelaki nak tetapi sifatnya yang sebetulnya adalah sifat lazim yang dilakukan setiap hari.

Walaupun secara fitrahnya kejadian tuhan berbeza, takdirnya Allah Maha Mengetahui apa yang dia lakukan. Kita sebagai hamba hanya mampu mengabdikan diri kepadaNya di alam fana ini untuk menerima pembalasan di akhirat yang kekal lagi abadi. Sekian dari Kayangan...

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM