Kerana Gagal

Salam hormat. Kejayaan. Itulah yang diimpikan semua. Kejayaan mampu beri segala-galanya. Beri segala yang termimpi di katil menjadi kenyataan. Semua yang mampu termimpi. Ada yang kata, hanya kejayaan mampu buat diri jadi jutawan. Jadi hamba ringgit. Demi Maha Suci Ringgit, ada sanggup buat apa saja, untuk terkenal dan dikenali. Saat kini, ramai yang dahagakan kejayaan. Sudah termaktub dalam otak, kehidupan satu perlumbaan. Semua akan berlari menuju destinasi. Yang lambat akan dianggap gagal walaupun sampai ke destinasi. Bezanya cuma lambat dan cepat.

Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Layakkah kita menghukum Pencipta sekiranya Dia lambat mengabulkan doa? Tentu tidak layak. Dunia pada hari ini tidak pandang langsung yang LAMBAT dalam perlumbaan. Hari ini HA nak kongsi, yang gagal juga ada maruah. Jangan langsung dihina. Syukur hari ini, di Masjid Faizzuddin insan yang gagal juga rasa dihargai. Insan itu dikenal kerana gagal. Ada juga hamba Allah yang sanggup turun darjat tegur insan yang gagal. Ceriteranya :

Ronaldo (nama rekaan)

"Ronaldo ! Ronaldo !". Hamba Allah memanggil berkali-kali.
Insan gagal menoleh apabila namanya dipanggil. Sambil dahinya berkerut.
"Mai mana?" soal hamba Allah.
"Main petanque". ringkas jawapan. "Encik?". Menyoal ramah.
"Baru balik hantar anak dapat UTM." jawab hamba Allah.
"Ooo..macam mana encik boleh tahu nama saya?" soal Ronaldo.
"Mestilah kenal, kamu yang gagal dua paper tu kan. Hebat." Mudah dijawabnya kemas.
"Ooo". sambil senyum sendiri.

*Dalam hati : Rupanya orang gagal pun ada tempat di sisi manusia, asalkan menurut perintah Allah. Syukur.

Sejauh mana gagal dan berjaya pun kita, perintah Allah wajib dijaga. Kerana kita memang diciptakan untuk menghambakan diri kepadaNya. Kesempatan Maulidur Rasul pada tahun ini, HA ingatkan diri HA dan semua, lazimlah kita berselawatlah ke atas Nabi Muhammad s.a.w. Moga dengan selawat kita, Nabi Muhammad dapat mengenali kita sebagai umatnya di akhirat kelak. Sekian dari kayangan.
 

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM