UNDILAH SAYA
Salam hormat buat yang layak dihormati. Alhamdulillah majlis rapat umum
ataupun malam manifesto telah selamat dilangsung dengan bingitan sorakan yang
didambakan oleh pihak penganjur. Yang istimewa kali ini, HA hadir dan senyum
memerhatikan kecomelan itu. Ya Allah permudahkanlah. Tak kurang selamat juga
ada janji-janji semanis cuka yang ditaburkan. Moga si penabur janji itu ikhlas.
HA mohon agar semuanya selamat dipangkah. Ameen...
Edisi “undilah saya” pada kali ini ramai. Ramai yang rela, terpaksa dan ada
juga yang sangap. Suka tengok gelagat yang golongan “sangap” ini. Bagi golongan
“sangap”, HA berpendapat mereka
menjadikan “undilah saya” sebagai pentas untuk tampil profesional. Jadi
terkenal, sebut nama tak sampai habis, semua kenal. Bersyukur sesangat kita tak
tergolong dalam puak ini. Mengecewakan. Bagi yang benar-benar ikhlas mahu
memimpin. Syabas HA ucapkan. Teruskan. HA sangat memerlukan bantuan anda.
Buat HA, ini adalah edisi kali-4 “undilah saya”. Macam-macam HA dah tengok.
Dengan “undilah saya”, kita dilihatkan secara langsung perkara yang kekadang
kita tak duga pun. Walaupun kita tak duga, tapi yang seronoknya perkara itulah
yang berlaku. Aduss... semuanya ada. Sempurna (semangat, gagah, berani,
berketrampilan, hebat tapi...kurang sedarkan diri). Minta maaf bebanyak.
HA rasa edisi “undilah saya” samalah seperti sepakan penalti. 11 orang satu
pasukan tetapi yang terhebat saja yang akan dapat tendang penalti. Entah masuk,
entah tidak. Kalau gol alhamdulillah, kalau tak gol NAUZUBILLAH. Kalahnya
pasukan itu sebab salah pilih pemain yang terrrrrhebat. Selalunya yang terhebat
itulah sepaknya melambung tinggi. Nak jadi terkenal la katakan. Harus ada style
sepakannya. Realiti sekarang, seluruh kebaikan anda buat akan lenyap dengan
sekali anda buat silap. Nak kongsi
sikit, sepanjang hidup HA, 4 kali HA diberi peluang untuk sepak penalti, satu
pun tak masuk. Padahal sebelum sepakan itu HA dah banyak kali menyumbat gol. Melalut
sangat rasanya. Maaf la.
HA rasa semua mak bapak akan rasa bangga gila kalau anak depa jadi calon
“undilah saya”. Canang satu dunia. Kalau boleh jadi angkasawan entah-entah
canang habis satu alam. Sebelum jadi calon “undilah saya”, HA nasihatkan
tolonglah beli cermin letak dalam bilik. Lihat dan nilai diri sendiri. Berdozen
yang tanya HA, salah satu kata mereka, “awat yang hiang tak masuk wei? hang
ramai oghang kenai kot, sebut ja pasai petanque..depa mesti kenai punya, rogi
baq hang...” HA hanya mampu senyum dalam hati (orang tak nampak) . Cukuplah
sekadar hantar wakil. Wakil bertanding macam HA bertanding lah jugak.
Debarannya tak banyak beza pun. HA pilih untuk jadi HA. Biar orang tak kenal
siapa kita, asalkan jangan bagi orang kenal kita sebab orang kenal siapa kita.
Maaf sedikit keling.
Yang benar tetap benar. Harapan HA memoga yang menang “undilah saya” kali
ini dapat tunaikan kewajipan selaku pemenang anugerah “undilah saya” edisi
2013/2014 dengan sedaya mungkin. Keputusan telah ada cuma belum diumumkan.
Sesama kita nantikan. Sekian dari kayangan.
Comments