Tentang HA
Salam hormat buat yang layak dihormati. Entry kali ini sudah pasti ceritera tentang diri HA. Pepatah ada sebut, tak kenal maka tak cinta. Jadi entry kali ini HA harap pakat-pakat boleh kenal, pakat-pakat boleh bercinta tetapi jangan lupa CINTA yang sebenarnya datang dari PEMILIK SEGALA CINTA. Moga-moga kita di bawah naungannya. Kajian pakar motivasi tersohor negara mengatakan individu yang lahir bulan November sukar dimengertikan tingkah lakunya. Benar sungguh. RELATIF. Ha Ha Ha. Fahamilah dengan tenang coretan ini.
aku pernah diarak bagai wira
aku juga pernah merasa peritnya kecewa
aku pernah merasa manisnya bahagia
aku juga pernah muntah darah sengsara
di sini aku lahir
mengharung dunia yang getir
buat aku jadi mahir
aku takkan membunuh
dengan mata belati
mahupun bibir yang sakti
biarlah dengan cara sendiri
aku berbakti dan bermunajat simpati
cukuplah sekadar menikam mata pena
dan merayu pada yang sudi
biarlah aku
tak laku dek manusia
tapi mahal di sisiNya
kerna
tak guna
lantang di tanah air
gagap di perhitungan akhir
saat ini aku sangat percaya
diriku ini tak perlu lari
cukuplah bertatih
cermat
mereka berlari
biarkan mereka berlari
aku disini tenang memerhati
mencari selekoh sempit
aku mohon semua
takkan tersepit
kali ini
aku sudah pasti
dunia akan tertunggu
bayang siapa
di akhir garisan
kalau mereka tahu
suara sumbang
jangan aku cuba menyanyi
nanti mendung awan
ibu di rumah berkejaran
terpulanglah pada mereka
buat keputusan
mahu jadi nokhoda
mahupun kelasi
kita sama layar, angin juga bahtera
waspada tertinggal di pelabuhan
Inilah perihal
diri yang hormat
insan yang layak
dihormati.
Tiap kata ada maksud, tiap maksud ada bicara, tiap bicara ada ceritera. Salam dari Kayangan.
Comments