Berubahlah
Salam hormat.
jangan dikenang kalau engkau seorang
jangan diingat kalau engkau termenung
mungkinkan hati rasa ragu dan bimbang
tiada siapa akan menolong
jangan diingat kalau engkau termenung
mungkinkan hati rasa ragu dan bimbang
tiada siapa akan menolong
lupakan sudah kisah yang telah lalu
jangan diikut kata hatimu sayang
apalah guna duduk bersedih pilu
cari hiburan sambil berdendang
jangan diikut kata hatimu sayang
apalah guna duduk bersedih pilu
cari hiburan sambil berdendang
hidup kita bukan untuk derita
juga derita tidak selamanya
jangan dibuang usia yang masih muda
agar tak kesal di hari muka
juga derita tidak selamanya
jangan dibuang usia yang masih muda
agar tak kesal di hari muka
(hidup bukan untuk derita : ahmad jais)
Baiklah. HA ucap tahniah kat si fulan yang berjaya goncang mood HA minggu lepas. Si fulan yang agak hebat tapi belum cukup hebat untuk HA. Hebatnya adalah sebab tindakan si fulan ini buat HA ingat kesah 5-7 tahun lepas. Nyaris janji HA, 5 tahun dulu diingkari. Nyaris juga muka, perut, kaki tangan si fulan ini dicium HA. Sebabnya, si fulan ini biadap sangat. Lidah macam biawak. Sembang persis burung kakak tua beri salam. Tolonglah jangan bagi HA ingkar janji depan ayahanda 5 tahun lepas. Tolong sangat. Kalau setakat 5 orang macam si fulan ini, HA tak ragu nak hentak. Rekod 7 kali public caning, dua tiga orang dah kena simen lengan dan ramai orang yang luka-luka dalam tempoh 5 tahun itu. Kepala kumpulan serban hitam. HA selamat di bawah lindungan Allah. Bukan nak takutkan si fulan, cuma nak bagi amaran awal dan akhir.
Apa kena mengena pulak lirik "ahmad jais" dengan kepala kumpulan serban hitam? Fikirlah sorang-sorang. HA harap si fulan boleh berubah. Macam HA. 5 tahun lepas, HA pilih jalan ni. Nak jadi cikgu. Sekarang ni mana ada dah orang nak jadi cikgu betol-betol. Apalagi jadi cikgu bahasa Melayu. Semua nak jadi cikgu sebab dapat elaun. Sebab itu bila isu 'sistem terbuka', HA tenang. Sebabnya, walau apa jadi sekalipun, HA mesti fight untuk jadi cikgu. Sambil tonton filem pendek "passport ekspres" di utiub, selingan lagu "ahmad jais" ini buat HA tenang. Cukup yakin untuk kotakan janji yang dilafazkan depan ayahanda. InsyaAllah moga dipermudahkan urusan CIKGU HA. Sekian dari Kayangan.
Comments