Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)
![]() |
Masuk bandar Sibu sudah boleh nampak dari jauh |
Edisi jeling2 kali ini saya hendak berkongsi tentang review untuk RH Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Sibu. Bagi pengunjung yg suka shopping dan bersantai inilah tempatnya. Bersebelahan dengan Wisma Sanyang, jalan kaki pun tak sempat berpeluh.
Bagi yg menaiki kereta, parking disediakan di aras bawah hotel tetapi agak terhad. Mungkin akan penuh apabila time cuti sekolah atau event2 yang dibuat di hotel ini. Untuk semua tahu, hotel ini memang popular dengan event2 besar bertaraf antarabangsa. Parking yang disediakan percuma, pengunjung cuma perlu beritahu no bilik dekat guard apabila hendak keluar.
![]() |
Nice Reception |
Semasa check-in, staf reception layanan lemah lembut dan cekap. Bagi yg membawa banyak beg, service bellboy disediakan percuma. Jadi jangan risau. Bagi yang ambil set breakfast baucer diberikan semasa check-in untuk ditunjukkan di kaunter cafe.
![]() |
Bagi non-muslim, boleh tebus minuman alkohol di HIJAU LOUNGE |
![]() |
Baucer breakfast |
Breakfast di sini tak perlu risau sebab semestinya halal. Memang terang-terang ada sijil halal dan chef-chef melayu Islam. Makanan untuk breakfast beraneka jenis dan sedap misalnya nasi goreng, ayam rendang, western bread, salad, jus buah dan air soya. Yang pastinya, jenis makanan diubah mengikut hari. Makanlah sampai kenyang dari jam 6 pagi sampai 10 pagi.
![]() |
Deluxe Room. Rate RM 138 by Agoda.com |
Berkenaan dengan bilik, bagi saya berbaloi dengan harga yg ditawarkan. Bilik mandi lengkap dengan tab mandi dan pancuran. Televisyen terdapat 10 siaran yang clear. Kondisi bilik bagi saya sangat kemas, dekorasi juga dilihat moden dan selesa untuk beristirehat. Bagi yang membawa anak kecil, bilik ini boleh menjadi pilihan kerana saiz ruang yang besar.
![]() |
Tarikan utama kanak-kanak Kolam renang diasingkan kanak-kanak dan dewasa |
Kemudahan seperti inilah yang ditunggu-tunggu terutamanya kanak-kanak. Kemudahan ini disertakan dengan bilik salinan, servis tuala. Kolam renang ini dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 6 petang.
Saya harap perkongsian ini dapat memberi manfaat untuk semua. Keseluruhannya, untuk RH Hotel saya beri 8/10. Selamat bercuti kalian. Jeling2.
Comments