Ulasan Motivator Muda Bahagian 1
Salam hormat buat yang layak dihormati. Selalu kita dengar ayat yang berbunyi seperti ini, "jika kita sering mencari perbezaan di manakah akan menjumpai titik persamaan." Lebih kurang begitulah bunyinya. Syukur HA diberi kesempatan untuk selesa bernyawa pada ketika ini. Sekalung terima kasih kepada ayahanda yang memberi ruang untuk HA mengorek dan mendalami rahsia personaliti. Ayuh kita bongkar rahsia dalam rahsia. Rahsia siapa? Rahsia kita sebenarnya. Kih3..
Kehidupan memang tidak pernah sunyi dengan masalah. Ayat klisenyer. Ceriteranya ramai yang ada masalah tetapi tidak pandai menyelesaikan masalah. Harus ingat, lari dari masalah bukanlah penyelesaian terbaik malahan mengundang seribu masalah mendatang. Kali ini HA akan bongkarkan realiti hubungan lelaki dan perempuan.
Dahulukan
perempuan ya. Ha Ha Ha. Perempuan berjumpa perempuan lain mesti bercerita pasal
masalah. Tak kisahlah masalah sekecil semut atau sebesar dinosaur. Mesti
cerita. Memang keupayaan yang dikurniakan oleh Allah kepada perempuan untuk
bercakap sangat luar biasa. Tak henti-henti. Maka timbullah masalah apabila
perempuan menceritakan masalah kepada si lelaki (dipercayai). Makhluk tuhan
yang diberi akal 9, nafsu cuma 1. Kah3. Perempuan akan kata, lelaki bukanlah
pendengar yang baik. Mengapa? Kerana setiap kali perempuan menceritakan
masalahnya kepada lelaki, lelaki akan cepat-cepat menawarkan jalan penyelesaian
sebagai tanda kasih sayangnya. Rupanya perempuan tidak meminta jalan
penyelesaian itu tetapi perempuan cuma mahukan empati dari lelaki.
Lelaki
pula, lelaki tidak akan menceritakan langsung masalahnya kepada lelaki lain
kecuali lelaki tersebut benar-benar memerlukan bantuan. Secara logiknya,
menceritakan masalah kepada individu lain akan menggugat kewibawaan lelaki
tersebut. Dalam situasi hubungan lelaki dan perempuan, lelaki sering
mengatakan, perempuan sentiasa sahaja mahu mengubah diri dan peribadi lelaki.
Benarkah? Takdirnya begitu, apabila perempuan mencintai lelaki, perempuan
merasakan bahawa dirinya bertanggungjawab untuk membantu dan memperbaiki lelaki
melakukan sesuatu. Biarpun sejuta kali lelaki menolak, perempuan akan sentiasa
menunggu peluang untuk menghulurkan bantuan. Dari kaca mata lelaki, lelaki
tidak memerlukan ‘first aid’ dari perempuan. Kerna lelaki mahu perempuan
menerima lelaki yang dicintai itu SEADANYA.
Semestinya
senario ini perlu ada titik noktahnya. Kerana HA sedar perbezaan ini mampu
menjelmakan hubungan yang erat antara lelaki dan perempuan. Sudah tentu hanya
Allah jualah yang Maha Mengetahui setiap ciptaannya. Nantikan ulasan bahagian
kedua… Sekian dari Kayangan.
Comments