Pulau Sastera - Bhgn. 3


Detik mentari mulai rebah

Puncak Pulau Sastera Ditawan

"Kreativiti dan Pemikiran dalam Berkarya"

Bertatih HA sebelum sampai ke puncak ini. Pernah dengar nama Prof. Rahman Shaari ? Antara pengkaji sastera negara kita. Pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 1976 dengan sajak "Hamparan Kuning". Beliau juga dikenali sebagai Al-Hafiz dalam sastera sebab dalam otaknya ada dalam 300 lebih sajak yang dihafalnya. Anytime, anywhere boleh saja dideklamasikan.

"Sajak merupakan seni mengagak-agak" katanya. Mengapa berkata demikian ? Katanya maksud di sebalik sajak yang dideklamasikan bergantung kepada individu itu sendiri. Apa yang bermain di kotak fikiran individu. Itulah maksudnya. Tidak ada salah mahupun betul.

Berbalik kepada tajuk, penghasilan karya sastera memerlukan kreativiti. Dalam isu ini Prof menekankan perbezaan antara fikiran dengan pemikiran. Contohnya. Air dicincang takkan putus itu namanya fikiran. benda normal. Maksudnya mudah iaitu hubungan persaudaraan tidak akan terputus walaupun terdapat pertelingkahan.  Berbeza dengan pemikiran. Ia merupakan perkara yang difikirkan secara berperingkat. Memetik hasil pemikiran tokoh pantun Perlis :

"Air dicincang takkan putus, jika tercedok terputus juga"

Pemikiran yang dizahirkan tidak normal. Lebih kurang macam berfikir di luar kotak. Dalam era masa kini juga terdapat permusuhan adik-beradik yang tidak berkesudahan. Itulah yang hendak dikreatifkan.

Dalam puisi ada makna. Bagi menerangkan makna itu, hadirin dihiburkan dengan dengan sketsa berbunyi :

Sketsa 1

Budak A : Ayah saya jujur orangnya.
Budak B : Ayah awak kerja apa?
Budak A : Ayah saya ahli politik
Budak B : Ayah awak ada dua orangkah ?

Boleh faham ? Penggunaan istilah jujur dengan ahli politik tidak sepadan cirinya. Jadi penggunaan dalam puisi sangat mementingkan situasi ini.

Sketsa 2

Pemuda A : Bila agaknya peguam berbohong?
Pemuda B : Apabila peguam membuka mulut.

Rasanya anda dapat memahami penggunaan istilah yang benar-benar sesuai dengan makna perkataan tersebut.

Sketsa 3 (rentetan sketsa 1 dan 2)

Tragedi kemalangan bas berlaku. Orang kampung (OK) mengebumikan semua jenazah yang terkorban sekali gus. Selepas itu, pihak polis datang untuk mengambil statement.

Polis : mana semua mangsa kemalangan ?
OK : semua dah dikebumikan ?
Polis : Bukan semua mati kot? (bertanya hairan)
OK : Ada lagi. Tapi ahli politik dengan peguam
Polis : Mana mereka ?
OK : Dikebumikan sekali. Mana boleh percaya ahli politik dengan peguam.(wajah selamba)

Fikirkan. Prof juga mengetengahkan karya yang berbentuk erotika untuk ditatap penulis muda antaranya :

Permata (Nahmar Jamil)

Nilai permata busuk telah dibungkus dengan
pakaian ghairah
seperti golek-golek punggung ini

Wah, golek-golek punggung ini
menyembunyikan permata
menjatuhkan nilai permata
permata kurnian alam dan Rab

Penggunaan istilah ini sebenarnya melambangkan identiti penyair itu sendiri.  Menurut Prof Rahman Shaari, Imej punggung yang digolek-golek itu membuktikan bahawa Nahmar Jamil amat akrab dengan wacana erotika.

Perhatikan sajak T Alias Talib ini. Sajak ini agak menarik pada pendapat HA.

Kerana sehelai seluar dalam
seorang perawan ditahan
di pintu Yaohan

kau mendorongku mengambilnya, tuduh tangan
aku hanya organ perasaan, balas hati
kau punca segala-galanya, marah hati kepada kaki
kau gerakkan aku ke sana, tepis kaki
ini angkaramu, marah hati pada mata
aku hanya melihat, jawab mata
lantas? Tanya hati
kauberikanku nafsu, kata mata
tangan, mata dan kaki memutuskan
hati harus dihukum

Du pintu keluar Yaohan
berdiri seorang perawan
tanpa hati dan seluar dalam

Untuk maksudnya. HA tinggalkan untuk anda berfikir. Berfikir dengan pemikiran.  Setiap makna diperincikan kewujudannya. Semoga pelayaran di Pulau Sastera ini memberi info kepada anda semua. Ingatlah perbetulkan niat, anda selamat.

TAMAT





Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM