Pulau Kroni

Salam...Berlabuh di Pulau Kroni


Menyedihkan apabila pemilihan jawatan CEO/ahli lembaga pengarah atau yang sama waktu dengannya dipilih mengikut bulu. Persoalannya ada pihak yang menggelengkan kepala dan tidak kurang pula yang mengangguk perlahan. Fikirkan. Trend "orang dalam" atau cable cekang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat MERDEKA kini.

Sejauh mana kroniknya kroni ini? jawapannya ada pada anda. Pernahkah anda membuat temujanji untuk bertemu dengan pengarah TH (dikatakan saudara mara anda) untuk memasukkan nama anda sebagai jemaah haji. Tanpa menghiraukan beribu jemaah lain yang menunggu giliran untuk menunaikan rukun islam kelima itu? Anda jawab.

Fikir sejenak. Berbusut siswazah mengganggur. Berulat sijil kemahiran digenggam. Puncaknya, semuanya tenggelam. Yang timbulnya, hanya kaki kipas. Mungkin anda rasa isu ini biasa. Mungkin anda antara mereka. Maruah diri, minat sejak dari berisi dan hasrat hati semuanya tergadai. Tenggelam dek kerakusan manusia sendiri.
  
HA ingin mengajak anda untuk berfikir secara matang jika wabak terjadi kepada anda. Terpulanglah anda berada di pihak pembangkang ataupun kerajaan. Sedarlah rezeki yang telah menjadi darah daging anda sekarang halalkah? Pejam mata sudah. Yang penting perut diisi rapi.

Pendapat HA, tidak salah menolong teman. Apa maknanya kawan kalau tidak boleh tolong kawan. Siapa lagi yang boleh tolong kawan kalau bukan kawan sendiri tetapi kalau hendak tolong pun biarlah dengan cara yang betul dan amanah. Biarlah niat itu kerana Allah, berlaku adil dengan semua orang kerana apa yang anda buat orang lain yang akan menilainya. Isu kroni ini menjejaskan sesebuah organisasi khususnya, apabila sesuatu perkara berlaku dengan pantas dan anda merasakan tidak patut berlaku maka isu kroni inilah menjadi penyebabnya dan wujudlah puak-puak anti-kroni yang penuh kebencian. Isu ini juga kalau dinilai dari sudut negative maka negative lah jadinya dan jika dinilai dari sudut positif maka positif lah ia. Kroni perlu dihapuskan untuk ketelusan, keadilan dan keharmonian!

Jadi fikirlah dengan akal, jadikan iman sebagai panduan. InsyaAllah...

Belayar ke pulau yang seterusnya.


Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM