Pulau Sastera - Bhgn.1
Saat embun mulai kering
"Menyelami Semangat dan Pemikiran Besar Dunia"
Pembentang : Nazel Hashim Mohamad
Mungkin ramai yang tidak mengenali saudara Nazel ini. Beliau merupakan penterjemah hebat yang telah berjaya menterjemah karya agung dunia. Memang terhebat hamba Allah ini. Beliau menterjemah karya Chinua Achebe iaitu "Things Fall Apart"atau "Terlerai dan Berkecai". "Terlerai dan berkecai" memakan masa setahun untuk mendapat nama. Menyulitkan.
Who's Chinua Achebe ?
Chinua Achebe merupakan profesor di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat. Apabila berbicara tentang Chinua Achebe, "Things Fall Apart" memang tidak dapat dipisahkan. Bagai irama dan lagu. Karya anak kelahiran kampung Ogidi, salah sebuah kampung di Nigeria ini telah berjaya memukau orang Inggeris sendiri.
Alunan bahasa inggeris yang diterapkan dalam novelnya itu diakui amat hebat oleh pengkritik sastera dunia. Buktinya "Terlerai dan Berkecai" telah diterjemahkan kepada berpuluh bahasa utama dunia. Kini, "Terlerai dan Berkecai" dijadikan bahan kajian di USM dalam bidang sastera bandingan. Apa yang membuatkan "Terlerai dan Berkecai" hebat sehingga diulang cetak mencapai puluhan juta naskhah sejak diterbitkan 1958 ???
TERLERAI dan BERKECAI ???
Chinua Achebe berjaya menimbulkan dua konflik utama. Konflik pertama adalah konflik tradisi masyarakat Ibo di Nigeria, seperti kepercayaan kepada dewa, penebusan dosa, pawang, penyelesaian masalah melalui peperangan. Konflik pertama ini berlatarbelakangkan realiti masyarakat Ibo yang sebenar. Konflik kedua adalah konflik agama iaitu kedatangan mubaligh kristian yang datang mengubah cara hidup masyarakat Ibo.
Okonkwo (watak utama) membenci ayahnya dan melakukan apa saja untuk tidak menyamai orang tua itu. Okonkwo membentuk status dirinya dengan mengalahkan jaguh tinju, sekali gus jadi hebat di mata masyarakat.
Oleh sebab hebat, Okonkwo dipilih bagi menjaga Ikemefuna, budak tawanan sebagai pertaruhan dalam penyelesaian untuk berdamai antara dua kampung. Tiga tahun Ikemefuna dijaga Okonkwo. Sampai masa Pawang menyuruh ikemefuna dibunuh. Bagi menunjukkan kelakian, Okonkwo turut membantu dalam upacara tersebut dalam keadaan berat hati.
Selepas upacara tersebut, Okonkwo yang panas baran membunuh orang dalam pengebumian tersebut. Okonkwo serta keluarga dibuang daerah selama tujuh tahun. Orang putih mengambil kesempatan menyebarkan agama kristian dan memperkenalkan sistem pentadbiran baharu.
Pulangnya Okonkwo ke kampung halaman, didapati banyak perubahan. Okonkwo membuat huru-hara di kampungnya. Okonkwo membunuh salah seorang pemimpin orang putih. Apabila pemimpin orang putih datang ke rumahnya didapati Okonkwo menggantung dirinya sendiri, sekali gus memusnahkan reputasinya sendiri yang hebat itu.
Kehebatan "Terlerai dan Berkecai" adalah kerana kemampuan Chinua Achebe menggunakan bahasa inggeris dengan hebat walhal bahasa inggeris bukanlah bahasa ibundanya. Pemilihan ayat yang gramatis telah berjaya mengangkat namanya selaku penulis novel terhebat dunia.
Antara ungkapan Chinua Achebe :
"Api yang marak lenyap meninggalkan abu yang dingin dan tidak bermaya"
"Kau ada kecekalan hati seorang lelaki. Hati yang cekal dapat menghadapi dugaan seperti ini kerana kegagalan ini tidak sedikit pun akan menjejaskan kecekalan hati. Yang lebih sukar dan pahit adalah apabila seseorang itu menghadapi kegagalan itu bersendirian"
Pengajaran :
Jangan bercita-cita untuk menjadi penulis tetapi gunakan penulisan sebagai wadah perjuangan untuk mengembalikan maruah bahasa Melayu pada tempatnya. Chinua Achebe berjaya menonjolkan tradisi masyarakatnya di persada dunia melalui penulisan.
sambungan...
Comments