Pulau HATI
Nabi Muhammad s.a.w bersabda,
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati."
(Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir)
KOTOR atau BERSIH hati kita hanya kita yang dapat menilai dan Allah s.a.w sahaja yang Maha Mengetahui. Cuba kita fikirkan hanya seketul daging mampu mengawal keseluruhan jasad.
Ini bukan perkara main-main. Kerna ini melibatkan tambahnya dosa lalu kurangnya pahala. Lagi menyedihkan apabila ini merangkumi kehidupan yang abadi iaitu hal syurga dan neraka.
Terhinanya manusia ke neraka dan berbahagianya insan di syurga semuanya soal hati. Bukan filem SOAL HATI lakonan Erra FAzira & Yusry KRU yang top satu masa dulu. Ini berkisar tentang kemampuan seketul daging yang mampu mencorakkan kehidupan yang abadi.
Memang tidak dapat dinafikan godaan dunia cukup hebat sekarang. Godaan inilah yang dikatakan TREND. Katanya, jika tidak mengikut TREND, dikatakan kolot. Kata siapa tu ??
Berfikir dengan waras tuan2 semua. Siapa yang harus disalahkan jika seorang remaja mencuri barang di supermarket ? Semua menundukkan kepala. Abaikan isu tu. Siapa yang hendak disalahkan jika manusia cukup umor meninggalkan solat dengan alasan yang tidak logik diterima akal ? Apa alasannya? anda sendiri tahu.
Latihan > Amalan > Tabiat > Sikap. Biar kata memisah kita...Biarkan saja...Kerana Terbiasa... (lirik lagu "Kau Aku" Aizat) Memang sukar untuk berubah. Terutamanya dari bad to good. Because why? Sebab lupa...Melayu Mudah Lupa (Dr.M) . Syaitan sejak Nabi Adam lagi telah apply nak hasut manusia sampai kiamat. Semua lupa. Sudah Terbiasa Lupa. Mungkin akan lupa. Buat2 lupa.
Bukan senang nak jadi senang. Bukan susah nak jadi susah. Pernah anda melalui pengalaman seharian yang tidak langsung memihak kepada anda? Senang tulis apa yang kamu buat semua tak menjadi. Pernah refresh balik sebab berlaku macam tu? atau lupa jugak.
Maybe ada yang ngomong dah takdir tu pak. Ngapain nak pusing2. Tepat. Takdir manusia telah ditentukan. Tapi setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya. Redha dengan ketentuan illahi. Mungkin ada bisik2 yang mengatakan begitu tetapi kita harus kembali melihat apa yang telah dilakukan sehingga terjadi begitu.
Semuanya bergantung kepada HATI. Sama ada teguhnya hati persis batu mahupun lembut persis span carwash bergantung kepada kita. Apa yang nak kita jadikan HATI itu. Jika kita mengerti bahawa diri itu pelupa, selalulah ke taman2 peringatan. Jangan bodoh sombong dong. Nanti terus jadi pelupa nyanyuk jadinya.
Hendak seribu daya , tidak mahu seribu dalih jawabnya. Apa yang kita lakukan seharian sama ada mendongak ke langit mahupun tunduk ke bumi perlu lebih hati2 selepas ini. Takot2 nanti terseliuh di pinggiran jalan. Kamu yang ada HATI sahaja yang tahu apa yang patut kamu buat. Maka buatlah ikut HATI bukan sesuka HATI.
Comments