Baby Datang

Salam hormat semua. Haa..entry kali ni sudah tentu tentang berita HA dapat baby baru. Baru petang tadi dapat. Setelah 52 jam HA tunggu, akhirnya baby pun selamat datang masuk ke bilik HA yang tak seberapa kemas nieh. Comel macam HA kecik-kecik dulu. Sebenarnya sudah dua hari HA beli sangkar tu tapi baby tu aktif sangat. Merayau rata-rata. Nasib baik RA jumpa sebelum solat jumaat. HA bagi RA jaga dulu, kebetulan kampung HA pun tengah berselerak dengan kotak-kotak. Almaklumlah nak pindah bilik. Jadi, kena kotakkan barang yang mahai-mahai tu.

Pabila masuk saja dalam bilik HA, baby terus melawat kawasan. Mulalah nak tanda kawasan bilik HA, jadi milik baby. I don’t think so baby. Baby terus cakar mana yang patut dicakar. Bulu baby triple-colour. Cokelat, putih dan ekor baby hitam. Macam pelangi zaman hitam putih pun ada. 

Betul cakap RA, baby ni aktif sangat. Kalau letak luar sangkar, mesti lari-lari. Habis dilanggar minyak wangi, syampoo dan minyak rambut HA. Tapi baby ni senyap ja. Tak bising. Tu yang HA suka tu. Malam ni malam pertama HA nak kongsi selimut dengan baby. Harap-harap baby tak buat hal. Dengan ada baby ni moga-moga menambahkan seri bilik ni. InsyaAllah… Dengan ada baby jugak peluang untuk HA buat baik dekat binatang tu sangat terbuka. Boleh HA manja-manja sikit. Tak salah kan?

Baru tadi HA baru lepas sapu krim lebatkan bulu baby. Lepas ni jadi kucing Parsi la jawabnya. Ha Ha Ha. Punya la aktif baby ni, lepas isya’ HA cuba lepas dekat luar bilik, merata tempat baby lari. Pastu bermulalah episod jejeka berkain pelikat dan berseluar pendek meligan baby. Tersangatlah aktif.  Pakat-pakat sekat baby, last sekali semua jejaka penat. Baby datang sendiri dekat HA. Siap naik atas bahu lagi. Pastu sondol-sondol kepala dekat muka HA. Agak sweet masa tu. Sour setakat sekarang belum ada lagi. Lepas ni mesti ada. Sweet & sour mesti ada dalam satu-satu kehidupan. Baru best.

HA harap baby ni dapat mendidik HA kearah yang lebih positif. Jadi bapa penyayang, bertanggungjawab, pandai urus masa dan yang penting dapat latih diri HA jadi prihatin. Semoga tercapai hendaknya. Cukup setakat itu kesah baby datang. Sekian dari kayangan…

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM