Posts

Showing posts from 2013

Cermin Tidak Tipu

Image
Bismillah...Cermin tidak tipu. Selalukah kita lihat cermin? Atau takut melihat wajah sendiri. Saya kira sudah sampai masanya kita merenung di cermin melihat diri. Memperbaiki kekurangan dan mensyukuri kelebihan. Saya telah melihat cermin berkali-kali. Sewaktu mandi, sikat rambut, menarik uban dan memicit jerawat.  Siapakah saya? Inilah saya ketika kecil di KLIA. Menunggu nenek pulang dari Mekah. Samakah saya dalam cermin dengan di luar cermin? Saya renung lama-lama. Saya jadi takut. Takut dengan diri sendiri. Orang lama-lama ada pesan jika kita tidak mampu merenung lama di cermin ertinya kita tidak jujur. Setujukah? Saya setuju. Ramai yang mengambil keputusan untuk berpura-pura jadi baik dan hebat. Mampukah kita? Saya kata kita mampu untuk jadi baik dan hebat jika kita kenal siapa diri kita sebenarnya. Mahu kenal siapa kita, kita mesti benar-benar kenal Pencipta. Allah berfirman "tidak aku ciptakan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat kepada Aku"....

Musashi

Bismillah... SubhanaAllah hari yang letih tapi bahagia. Macam mana itu? Selepas membantu ayahanda menguruskan program lepasan PMR, HA terus menuju ke rumah adinda RA. Pengembaraan menjadi Master Musashi. 120 km/j di atas lebuh raya telah memastikan HA sampai dalam satu jam setengah sahaja. Terus bermain dengan kucing yang 'demok'. Rindu kepada yang telah pergi sedikit terubat.  HA dilayan dengan lauk-pauk yang memang menyelerakan. Gulai ikan kering, puyu goreng rangup, kacang buncis daging korban dan ada lagi. Agak malas menulis menunya di sini. Selesai menyantap, HA bersama ayahanda adinda RA menuju ke destinasi tujuan. Menyapu joran promosi. Jauh di tengah pekan SP. Pekan yang banyak kereta lalu-lalang. Itu yang meletihkan. Sampai di kedai MELAYU ala 70-an. Menjual serba-serbi alatan Musashi. HA diibaratkan macam dinosaur tengok bola petanque. Tak tahu apa-apa. Pegang apa-pun dekat situ tidak gaya Musashi langsung apatah lagi mahu tanya soalan. La...

Haji 2013

Bismillah… Syukur raya kali ini dapat lagi berpeluang untuk beraya bersama insan-insan tersayang. Tak semua orang dapat peluang ini. Walaupun raya kali ini lebih kurang sama dengan tahun-tahun lepas, HA bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati ketupat, serunding dan yang paling istimewa ialah daging korban. Sungguhpun ayahanda tidak membuat korban pada tahun ini tetapi rezeki makan daging korban itu sudah tertulis. Ramai yang menyedekahkan daging serta setnya pada kali ini. Bermula dari kaum kerabat, sahabat handai, jiran-jiran dan akhirnya kerajaan kita sendiri. Hari ini sudah masuk hari raya kedua, pengorbanan jemaah haji jelas terasa apabila HA menonton tv dan mendengar cerita-cerita orang yang pernah melangkah ke Tanah Suci. Jauh di sudut hati, teringin juga mahu ke sana tetapi HA dapat merasakan bahawa diri belum bersedia. Jika diizinkan HA mahu ke sana bersama bonda, ayahanda dan kakanda tercinta. Harap hari yang diimpikan itu akan tiba. Tentu seronok. Muda...

Maaflah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani Maaflah aku Buat kali ini Aku pilih Bukan kenali Bukan juga segani Aku pilih Prestasi dan Harga Diri Maaflah diriku Buat Si Punggung Gedik Buat Si Bedak Tebal Maaflah Andai mahu mengenaliku  ~ Dari Kayangan ~

2 Hari Lagi

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Penyayang. 2 hari lagi episod praktikum fasa 2 bakal tamat. Dua hari jugalah masa yang berbaki untuk aku menghabiskan sisa-sisa perjuangan praktikum di negeri hijau kuning. Celoteh 15 orang murid dalam satu kelas membuatkan episod praktikum kali meninggalkan kenangan indah buat diriku. Banyak benda yang aku belajar disini. Darahku darahmu jua. Itulah yang aku rasa. Walaupun jauh dari pandangan, bunga yang diintai alhamdulillah mekar. Disiram tiap-tiap hari walaupun kekadang bunga tidak memerlukan itu. SubhanaAllah. 2 hari lagi aku akan kembali ke kayangan. Negeri yang kecil tapi bahagia. Hari-hari aku menghitung menantikan saat ini. Aku akui makanan di sini murah dan orangnya ramah tapi aku sangat diperlukan untuk berada di sana bukan di sini. Bukan maksudku hendak tidur di bawah tempurung tetapi bagi aku kita perlu memastikan bahawa kita perlu berada pada tempat dan masa yang tepat iaitu tempat yang kita diperlukan dan kita ...

Putih Itu Bersih

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Lagi Maha Mengasihani. Tinggal beberapa hari saja lagi sekolah akan kembali dibuka. Apabila sekolah dibuka semula, kerja pun secara tidak langsung pun bermula. Masa berlalu. Pantas dan perlahan bergantung kepada individu. Bagaimana individu itu bahagikan masa? Itulah jawapannya. Sudah lumrah. Begitu juga dengan Putih Itu Bersih. Ada tak orang yang cakap putih itu kotor? Jawab sendiri. Disebabkan ramai yang kata sedemikian, maka ramai jugaklah yang melambangkan putih itu dengan berbagai. Dengan cinta, kapas dan tak kurang ada antara kita yang meletakkan nama PUTIH sebagai nama anak. Dengan penuh harapan, anak ini dewasanya bukan saja putih kulitnya tetapi putih segalanya. Putih akhlak, putih peribadi, putih perbuatan dan berbagai lagilah yang putih-putih. Kenapa malam ini sanggup bersengkang mata hendak hurai tajuk ini. Padahal semua orang sedia maklumkan yang putih itu memang bersih, suci dan murni. Sebabnya, kita jangan terlalu angau ...

IDEXER 1986

Assalamualaikum w.b.t Syukur aku dan kau masih diberi peluang untuk meraya pada tahun ini. Adakah ini lebaran terakhir? Allah sahajalah yang mengetahui. Oleh itu, lumrahkanlah diri bagi bermaafan di kesempatan yang ada. Atas dasar maaf inilah IDEXER 1986 ini wujud. Pelik. Lebaran dan IDEXER 1986 sama sekali tidak punya nilai persamaan. Sekali pandang mungkin tidak. Dua kali pun tidak. Tapi kalau berkali-kali, ya. Ada nilai persamaan. IDEXER 1986 disarungkan ke tubuh tika maaf dihulur di hari lebaran. Oleh siapa? Mestilah aku. Suit IDEXER 1986 telah ditetapkan untuk kunjungan mesra. Pengubat buat pungguk yang rindukan bulan. Itulah persamaan yang terjadi serentak pada Raya-4. Maka setelah dirancang dengan teliti berlaku kunjungan mesra tersebut. Kali ini kunjungan mesra disajikan dengan mee kari semarak kasih. Tapi sebelum mee kari semarak kasih dijamah, perjalanan dipenuhi dengan semakan manusia yang berbagai-bagai. Naik pening kepala aku. Manusia yang punya pelbagai hala...

Ramadhan 1434

Subhanaallah. Beberapa hari saja lagi Ramadhan akan beransur pergi meninggalkan kau dan aku. Entah sempat atau tidak kau dan aku untuk bertemu lagi dengan Ramadhan. Semoga ketemu lagi. Sesungguhnya Ramadhan kali ini cukup bererti buat diriku yang masih lagi kekurangan baik dari segi ilmu mahupun pengalaman. Ramadhan yang cukup menguji ketabahan dan kegigihan mencapai cita-cita. Dan syukur hingga saat ini aku masih lagi boleh mengatakan "Aku okey". Dengan Ramadhan yang masih lagi berbaki, kau dan aku tidak seharusnya menoleh ke belakang bagi meratapi kesedihan itu tetapi kau dan aku harus terus  memandang ke hadapan dan teruskan melangkah walaupun selangkah. Ingat, perjalanan panjang bermula dengan langkah pertama. Andai diri masih berpeluk tubuh, kau dan aku tidak akan ke mana-mana.  Kehausan Ramadhan kali ini terubat setiap kali anak kecil menghulurkan tangannya untuk bersalaman denganku sebelum pulang dari sekolah. Maha suci Allah. Mulanya kelopak mataku bergenang...

Sedaka Yang Tercinta

Maha Suci Allah yang memberi kelapangan masa kepada hambaNya. Syukur ke hadratnya aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengisi ruang ini. Sesungguhnya hatiku ini cukup kepingin untuk selalu menarikan mata jariku di sini tetapi kesempatan itu diisi dengan keperluan rehat yang kadangkala sengaja dibiarkan tidak pernah mencukupi. Sedaka telah memberi pengalaman baharu buat batang tubuhku yang tidak pernah merantau. Asyik selesa aku di kayangan. Akhirnya terpaksa juga aku merantau ke bumi kenari yakni SEDAKA. Lalu berangkat aku tempat yang ditetapkan.   Melalui liku-liku kehidupan di perantauan agak menarik dan mencabar. Kendatipun begitu, aku kerahkan batang tubuhku untuk melaluinya dengan tenang dan menganggap ini semua satu ketentuan dan tradisi yang perlu diteruskan. Jika dulu ayahanda di berpraktikum di Felda Suharto yang penuh dengan peritnya, kini aku pula meneruskan legasinya di tempat yang sama cuma sedikit berbeza. Ini perlu dan mesti dilalui dengan jayanya....

Jom Ke Surau

Assalamualaikum dan salah hormat Jom ke surau. Ramai yang mengajak tetapi yang perginya boleh dibilang. Tak usah tunding jari pada orang lain. HA sendiri pun macam tu. Tapi itu dulu. Sebelum ada kesedaran dan nampak kelebihan pergi ke surau. Macam-macam alasan yang diberi untuk TIDAK pergi ke surau. Tak sempatlah. Kau pergi dululah. Ang pilu nangkok kang, hang pi dulu aku ikut belakang. Akhirnya tak sampai pun, sembahyang sorang-sorang kat kediaman VIP asrama.  Sebab apa HA tak nak ke surau dulu? walaupun berdozen yang mengajak ? siap nak tumpangkan lagi. Sebab Allah tutup pintu hati untuk datang menjadi tetamu Allah. Walaupun berkali-kali lalu-lalang dekat situ, tak tergerak hati untuk singgah. Cukuplah, sembahyang dekat bilik pun boleh. Alasan mudah untuk sedapkan hati. Nantilah sembahyang mahgrib aku pergi. Janji pada diri yang selalu diingkari.  Buat para pembaca yang masih lagi kabur. Dekat-dekatlah diri kita kepada majlis-majlis agama. habis 'lekeh' pun buk...

Berkasihlah...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam hormat, Pedoman buat semua termasuk diriku sendiri. Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.     Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya m...

Warkah RINDU

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat Rindu? Yang pastinya rindu itu anugerah. Kurniaan dari Tuhan. Setiap insan yang punya hati nurani punya rasa rindu. Detik ini biarlah nafas berbicara dalam lelehan air mata yang tak dapat kutahan genangnya. Ombak kerinduan menujah pantai waktu hari demi hari. Sesekali ombak itu membasahi pantai, nescaya redup hatiku seolah-olah difahami oleh awan yang mendung dan angin yang kosong. Perilakuku jadi tawar, Sendaku kian masin dan mata penaku makin karat. Ya Allah, kembalilah dan pulangkanlah dia kepadaku.. Inginku berbicara dari hati, moga ia jatuh ke hati. Bicara yang hiba ini bernada begini : Cinta dan Rindu itu bermula dari Adam dan Hawa, Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha, Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah, Diperikan pula Romeo dan Juliet, Dihikayatkan Rama dan Sita, Dipentaskan oleh Laila Majnun Kini, kita pula meneruskannya, Sungguh bahagia insan yang menemukan cinta dan rindu sejati, Ibarat tasbih dan benang peng...

DAULAT TUANKU

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat Menjunjung kasih ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Buat para syuhada' yang telah gugur di medan perang demi menegakkan agama Islam. Al-fatihah. Seiring dengan ulang tahun keputeraan rasmi baginda Yang Di-Pertuan Agong, selaku rakyat kita mestilah menghormati sistem raja berpelembagaan yang diamalkan. Isu yang membabitkan salah seorang generasi Y yang menghina titah ucapan sultan di laman sosial merupakan perbuatan yang sangat biadap bagi seorang warganegara Malaysia dan tidak dapat dimaafkan. Soal kedaulatan raja sebagai ketua agama Islam tidak boleh dipandang remeh. Cacian yang ditulis seolah-olah mempermainkan sistem raja yang termaktub dalam undang-undang negara. Skop ketua agama Islam perlu dilihat dengan lebih luas dan terbuka. Skop sultan bukan hanya tertumpu untuk orang Melayu sahaja tetapi seluruh rakyat yang berada di bawah naungan...