IDEXER 1986

Assalamualaikum w.b.t

Syukur aku dan kau masih diberi peluang untuk meraya pada tahun ini. Adakah ini lebaran terakhir? Allah sahajalah yang mengetahui. Oleh itu, lumrahkanlah diri bagi bermaafan di kesempatan yang ada. Atas dasar maaf inilah IDEXER 1986 ini wujud. Pelik. Lebaran dan IDEXER 1986 sama sekali tidak punya nilai persamaan. Sekali pandang mungkin tidak. Dua kali pun tidak. Tapi kalau berkali-kali, ya. Ada nilai persamaan.

IDEXER 1986 disarungkan ke tubuh tika maaf dihulur di hari lebaran. Oleh siapa? Mestilah aku. Suit IDEXER 1986 telah ditetapkan untuk kunjungan mesra. Pengubat buat pungguk yang rindukan bulan. Itulah persamaan yang terjadi serentak pada Raya-4. Maka setelah dirancang dengan teliti berlaku kunjungan mesra tersebut.

Kali ini kunjungan mesra disajikan dengan mee kari semarak kasih. Tapi sebelum mee kari semarak kasih dijamah, perjalanan dipenuhi dengan semakan manusia yang berbagai-bagai. Naik pening kepala aku. Manusia yang punya pelbagai hala tuju. Yang bagusnya, mereka bersalaman buat yang mengenali. Tahniah. 

Sudah sampai bahagian kemuncak 'IDEXER 1986' akhirnya. Bahagian yang paling ditunggu. Oleh aku dan kau. Setibanya, aku sudah ditunggu di muka pintu pagar. Rasa seperti dialu-alukan. Maka bermulah sesi ramah mesra. Hampir sebulan tidak jumpa, agak teruja apabila boleh menatap wajah sambil berbicara. Ada bezanya bicara dari corong Nokia menembusi Samsung dengan berbicara dari mata ke mata. Aku mengakui ada bezanya. Walaupun beberapa patah ucapan yang terpacul dari mulut, sudah cukup buat aku. 

Sesi ramah mesra tidak berlaku secara menyeluruh. Kerna ada tajuk yang tidak boleh dinyampuk. Hal orang tua-tua. Aku masih muda. Perasan. Paling geram apabila memori lama zaman muda-mudi diceritakan semula untuk dihadamkan oleh aku. Memang susah untuk dimengerti kerna itu bukan zaman aku. Atas dasar adab dan patuh, telan juga aku sisa hadaman itu. Kenyang pada sesi ramah mesra.

Berakhirnya kisah IDEXER 1986 yang berterabur. Tak tahu apa yang hendak diceritakan. Apa pun terpulanglah kepada aku dan kau untuk memahami isi kisah ini. Salah silap mohon maaf. Selamat hari lebaran, maaf zahir dan batin. Sekian dari kayangan.
 

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM