Sedaka Yang Tercinta



Maha Suci Allah yang memberi kelapangan masa kepada hambaNya. Syukur ke hadratnya aku masih lagi diberi kesempatan untuk mengisi ruang ini. Sesungguhnya hatiku ini cukup kepingin untuk selalu menarikan mata jariku di sini tetapi kesempatan itu diisi dengan keperluan rehat yang kadangkala sengaja dibiarkan tidak pernah mencukupi. Sedaka telah memberi pengalaman baharu buat batang tubuhku yang tidak pernah merantau. Asyik selesa aku di kayangan. Akhirnya terpaksa juga aku merantau ke bumi kenari yakni SEDAKA. Lalu berangkat aku tempat yang ditetapkan.
 
Melalui liku-liku kehidupan di perantauan agak menarik dan mencabar. Kendatipun begitu, aku kerahkan batang tubuhku untuk melaluinya dengan tenang dan menganggap ini semua satu ketentuan dan tradisi yang perlu diteruskan. Jika dulu ayahanda di berpraktikum di Felda Suharto yang penuh dengan peritnya, kini aku pula meneruskan legasinya di tempat yang sama cuma sedikit berbeza. Ini perlu dan mesti dilalui dengan jayanya. 

Berbekalkan tempat berteduh yang agak selesa, aku meneruskan perjuangan ini sedikit demi sedikit. Mulanya memang susah tapi apabila rutin itu sudah sebati, terasa diri hendak mengaku orang SEDAKA pun ada. Memang orang di sini sedikit kurang pandai bercakap tapi dalam hal agama, aku perlu mengakui bahawa SEDAKA jauh lebih baik dari kayangan. Itu hakikat yang perlu aku telan sepanjang aku berada di sini.

Meneruskan kehidupan dengan serba kekurangan rupanya memberi kepuasan apabila sesuatu matlamat itu tercapai. Kadangkala manusia itu perlu diuji tahapnya, barulah dia tahu kemampuan dirinya. Aku sedar kenyataan ini. Yang sukanya sepanjang bulan Ramadhan, aku mendapat pelawaan daripada pak cik gangster untuk berbuka di masjid. Peluang yang mustahil dilepaskan apatah lagi lauk-pauk yang dihidangkan persis juadah di rumah arwah nenda. Syukur.

Seluruhnya, aku selesa di SEDAKA walau ada sesetengah perkara yang bercanggah dengan norma kehidupanku. Aku anggap itu semua pengalaman baharu yang boleh diceritakan kepada cucundaku nanti. Akhir kata, aku bersedia untuk kembali ke SEDAKA selepas cuti hari raya untuk terus berbakti kepada anak watanku sendiri. Sekian dari kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM