Cermin Tidak Tipu

Bismillah...Cermin tidak tipu. Selalukah kita lihat cermin? Atau takut melihat wajah sendiri. Saya kira sudah sampai masanya kita merenung di cermin melihat diri. Memperbaiki kekurangan dan mensyukuri kelebihan. Saya telah melihat cermin berkali-kali. Sewaktu mandi, sikat rambut, menarik uban dan memicit jerawat. 

Siapakah saya?


Inilah saya ketika kecil di KLIA. Menunggu nenek pulang dari Mekah. Samakah saya dalam cermin dengan di luar cermin? Saya renung lama-lama. Saya jadi takut. Takut dengan diri sendiri. Orang lama-lama ada pesan jika kita tidak mampu merenung lama di cermin ertinya kita tidak jujur. Setujukah? Saya setuju. Ramai yang mengambil keputusan untuk berpura-pura jadi baik dan hebat.

Mampukah kita?

Saya kata kita mampu untuk jadi baik dan hebat jika kita kenal siapa diri kita sebenarnya. Mahu kenal siapa kita, kita mesti benar-benar kenal Pencipta. Allah berfirman "tidak aku ciptakan jin dan manusia semata-mata untuk beribadat kepada Aku". Selesai. Ayat ini cukup menjadi panduan kepada kita untuk jadi baik dan hebat di dunia sementara dan akhirat yang abadi.

Hebatkah saya?

Saya boleh jadi hebat di mata kamu semua dengan memaparkan gambar-gambar kejayaan saya dari kecil hingga sekarang. Tiada masalah. Saya boleh jadi baik di mata kamu semua dengan menulis status islamik dan memuat turun gambar berserban tiap kali menghadiri kuliah agama. Tiada masalah. Masalahnya saya hanya baik dan hebat di mata kamu semua tetapi TIDAK di mata ALLAH. Pencipta saya dan kamu semua juga.

Akhir kalam, saya menyeru kita semua untuk sama-sama mengenal diri dan menjadi diri sendiri. Bercakaplah benar selalu. Jika cermin tidak tipu, mengapa kita yang punya akal mahu menipu? Hari ini undang-undang mengatakan bahawa kamu mesti BENAR DAN KELIHATAN BENAR. Hari ini juga saya mengatakan bahawa kita mesti BENAR DAN SENTIASA BENAR. Salam dari kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM