Haji 2013

Bismillah…

Syukur raya kali ini dapat lagi berpeluang untuk beraya bersama insan-insan tersayang. Tak semua orang dapat peluang ini. Walaupun raya kali ini lebih kurang sama dengan tahun-tahun lepas, HA bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati ketupat, serunding dan yang paling istimewa ialah daging korban. Sungguhpun ayahanda tidak membuat korban pada tahun ini tetapi rezeki makan daging korban itu sudah tertulis. Ramai yang menyedekahkan daging serta setnya pada kali ini. Bermula dari kaum kerabat, sahabat handai, jiran-jiran dan akhirnya kerajaan kita sendiri.

Hari ini sudah masuk hari raya kedua, pengorbanan jemaah haji jelas terasa apabila HA menonton tv dan mendengar cerita-cerita orang yang pernah melangkah ke Tanah Suci. Jauh di sudut hati, teringin juga mahu ke sana tetapi HA dapat merasakan bahawa diri belum bersedia. Jika diizinkan HA mahu ke sana bersama bonda, ayahanda dan kakanda tercinta. Harap hari yang diimpikan itu akan tiba. Tentu seronok. Mudah-mudahan illahi akan memudahkan impian HA ini.

Raya kali ini bonda masak nasi biryani + daging ala kurma arab. Bonda bangun seawal jam 5 untuk pastikan hidangan itu boleh dimakan sebelum HA melangkah ke masjid. Memang tabik spring. Apabila HA membuka mata terus terbau aroma arabian menusuk ke rongga hidung. Sudah terhidang molek di  atas meja. Tunggu untuk disantap saja. Memang ada kerlasss juadah raya kali ini. Aroma campuran minyak sapid dan minyak zaitun telah memaksa HA untuk menyantap hidangan sebelum mandi. Detik yang belum lagi klise.

Esok, hari raya ketiga, HA sudah janji dengan ayahanda adinda RA untuk keluar mencari joran. Di bumi SP murah katanya. Maklumlah hendak bersantai di Pulau Tuba. Merehatkan minda sebelum diperah-perah.  HA tidak tidak bercadang hendak duduk lama kerana esok sebenarnya hari persekolahan. Tentu khidmat Encik Hyundai sangat ditagih oleh ayahanda. Hasil perbincangan meja bulat, ayahanda telah bersetuju untuk menaja set joran. Ayahanda juga telah mengizinkan HA keluar bersama ayahanda adinda RA untuk urusan pembelian itu sahaja. Jangan fikir yang bukan-bukan. Permit sudah dapat maka berangkat esoknya.

HA berpesan kepada semua dan diri HA sendiri bahawa kesilapan-kesilapan yang lalu mesti kita jadikan iktibar dalam memperbaiki diri menjadi insan yang dapat memberi manfaat kepada orang lain. Memang sukar untuk jadikan esok lebih baik daripada hari ini tetapi jika kita tidak ada usaha, esok mungkin tidak mustahil bakal menjadi lebih teruk daripada hari ini. 
Sekian dari kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM