Musashi
Bismillah...
SubhanaAllah
hari yang letih tapi bahagia. Macam mana itu? Selepas membantu ayahanda
menguruskan program lepasan PMR, HA terus menuju ke rumah adinda RA.
Pengembaraan menjadi Master Musashi. 120 km/j di atas lebuh raya telah
memastikan HA sampai dalam satu jam setengah sahaja. Terus bermain
dengan kucing yang 'demok'. Rindu kepada yang telah pergi sedikit
terubat.
HA
dilayan dengan lauk-pauk yang memang menyelerakan. Gulai ikan kering,
puyu goreng rangup, kacang buncis daging korban dan ada lagi. Agak malas
menulis menunya di sini. Selesai menyantap, HA bersama ayahanda adinda
RA menuju ke destinasi tujuan. Menyapu joran promosi. Jauh di tengah
pekan SP. Pekan yang banyak kereta lalu-lalang. Itu yang meletihkan.
Sampai
di kedai MELAYU ala 70-an. Menjual serba-serbi alatan Musashi. HA
diibaratkan macam dinosaur tengok bola petanque. Tak tahu apa-apa.
Pegang apa-pun dekat situ tidak gaya Musashi langsung apatah lagi mahu
tanya soalan. Lagi mengharukan. Ayahanda adinda RA tahu rasanya hal ini.
Terus pergi bersemuka dengan tokei kedai. Dinyatakan barang yang
dimahukan. Nah !!! dilonggokkan semua atas meja.
Segala
macam ada. Kili, mesin, rod, kail, tali berambut dan tali rod jenis
benang. Rupanya tali rod itu pun ada banyak jenis. Sebab pilih jenis
benang kerana memudahkan ikan dikesan apabila melalui tali tersebut.
Mungkin tali lain payah ikan dikesan. Bisik HA. HA cuma angguk. Semua
berapa? Tekan punya tekan kalkulator, RM 115. Syabas. Dalam anggaran
perbelanjaan HA. Dihulurkan dengan perlahan.
Kembali
ke rumah adinda RA. Bawak keluaq mai yang tadi. Kenyataan yang
membingunkan HA. Untuk apa? Bertanya HA. Mai sini pak cik nak berambut.
Kenyataan yang membahagiakan. Mai sini nak ajaq. HA pun melutut atas
simen sambil melihat ikatan demi ikatan dihasilkan. Nah, pak cik dah
buat siap dari kelmarin, yang ni demo saja. Rupanya ayahanda adinda RA
sudah buat siap-siap untuk HA. Terharu atas pengorbanan itu. Akhirnya
siap. 6.50 petang jam di tangan. Sudah mula gelap.
Perjalanan
balik. HA memandu sendirian dan lampu limpah lebuhraya membuatkan diri
HA terasa macam sedang berlakon dalam filem. Seronok juga berangan macam
ini. Sekejap jadi Abg Aaron, sekejap jadi Abg Adi dan akhir sekali jadi
Abg Fadzilah. Macam-macam ada. Tentu pemandu kenderaan lain rasa pelik
tengok HA bercakap seorang diri. Yang penting itu semua bagi
menghilangkan rasa mengantuk dalam perjalanan pulang dari misi
mendapatkan ilmu.
Kali
ini HA sedar dan mahu kongsi dengan semua bahawa ilmu Allah itu luas
sangat. Sebagai manusia kita tak boleh untuk mendabik dada mengaku
bahawa kita tahu semuanya. Banyak yang kita tidak tahu. Ayuh kita
sama-sama cari ilmu. Ingat firman illahi, barangsiapa yang tinggi
ilmunya, Allah akan menaikkan darjatnya di dunia dan juga di akhirat.
Sekian dari kayangan.
Comments