Berkasihlah...
Assalamualaikum w.b.t. dan salam hormat,
Pedoman buat semua termasuk diriku sendiri.
"Apabila dia pergi
barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"
Sekian dari kayangan.
Pedoman buat semua termasuk diriku sendiri.
Jika kamu
memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu
mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam
air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata
kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup.
Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.
Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan
terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya
selagi dia mengingatimu.
Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu
mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah
sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu
menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin
ia masih boleh digunakan lagi.
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu
istimewa. Anggaplah dia manusia biasa. Apabila dia melakukan kesilapan bukan
mudah bagi kamu untuk menerimanya. Akhirnya kamu kecewa dan meninggalkannya.
Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan
hingga ke akhirnya.
Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi, yang kamu pasti
baik untuk dirimu. Mengenyangkan dan berkhasiat. Mengapa kamu berlengah cuba
mencari makanan yang lain. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu
akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan,
yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu. Menyayangimu dan mengasihimu.
Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu
mengejar kesempurnaan. Kelak kamu akan kehilangannya dan apabila dia menjadi
milik orang lain kamu juga yang akan menyesal.
barulah kita tahu bahawa ia bernilai utk kita"
Sekian dari kayangan.
Comments