Terengganu 1

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat

Alkisah bermulalah pengembaraanku ke bumi keropok lekor. Seawal 4.30 pagi Michelin 2011 sudah mula bergolek meninggalkan perkarangan kediaman rasmiku. Dalam Hyundai Accent GTi, doa dipohon buat selamat sepanjang pengembaraan. Sebelum itu...

"Kita kena bertolak awal..takut sampai sana dah gelap, susah nak cari jalan.". Bondaku meluahkan rasa risaunya. 

Aku mengerti maksudnya. Lagipun memang perlu bertolak awal kerana masa masuk hotel pukul 2.00 petang. Jika sampai lewat amatlah rugi ongkosnya. Pengembaraan yang rancangnya solo sudah jadi berkumpulan. Tidak mengapalah. Maka bermula perjalanan kona kiri kanan Gerik dan naik turun Banjaran Titiwangsa. Setelah bertukar-tukar pemandu utama, simpanan dan tambahan, tepat jam 3 petang sampailah 4 beranak ke Hotel Felda Residence. Hotel yang letaknya di tengah bandar Kuala Terengganu. Kalau anda berminat untuk menginap di sini pastikan buat tempahan awal di nombor 09-6321111. Kadar harga yang ditawarkan agak berpatutan iaitu bermula dari rm 200 sehingga rm 1800 untuk satu malam beserta set makan pagi. Terpulang kepada anda. Sudah pasti yang paling murah menjadi pilihanku.

"Menghadap ke laut atau ke bandar encik?". Soal kakak Felda.
Aku menjawab sambil bingung. "Mesti ke laut."
"Menghadap ke laut kena tambah rm 10, boleh?" Soalnya lagi.
"Er...ok kot.", Ringkas jawabku.
"Tunai atau kad kredit". Tanya lagi.
".............(isikan sendiri tempat kosong)". Jawabku penat.

Inilah sedikit gambaran perihal Hotel Felda Residence :

 

 Buku tiga lima hotel yang di dalam termuat kad imbasan pintu bilik hotel dan baucer sarapan

 

Lanskap Sungai Terengganu di balik tirai tingkat 10

 

Lanskap mentari senja setelah bangun dari lena

Perut yang membuat persembahan gendang warisan membuatkanku terjaga dari lena. Terus dibuka lembaran yang kurancang berkurun lamanya. Lapar. Mau makan di mana? I-City Terengganu itu jawabnya.

I-City Terengganu. Lokasi terletak berdekatan dengan Hotel Felda dan Hotel Seri Malaysia. Jalan pun boleh. Tapi agak sedikit berpeluh. Banyak makanan yang disediakan di sini cuma sediakan $$$.

Inilah I-City yang menjadi kebanggaan orang Terengganu :

 

Luas


 

Hiburan malam keliling I-City bawa sendiri rm 10/25 minit


Santapan ayahanda
Perlis : Bihun Kuah 
Terengganu : Mihun Rebus

Minuman bonda
Jus Gelas Comel


Sudah kenyang. Sudah mengantuk. Makan malam Terengganu 1 berharga rm 32. Kadar harga sederhana. Hyundai dipandu pemandu tambahan. GPS buat hal. Jam 11 sampai bilik. Lena. InsyaAllah Terengganu 2 menyusul.







Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM