Terengganu 3/4/5

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat

Sengaja digarabkan Terengganu 4, Terengganu 5 ke dalam Terengganu 3. Kerna, ceritanya lebih kurang sama. Pada Terengganu 3, bermula sesi latihan bersama pasukan Terengganu. Pasukan kedua terhebat selepas pasukan Selangor. Teruja dan mengagumkan. Perjalanan dipanjangkan sehari berikutan kekaguman yang memikat hati. Tak mahu lepaskan peluang keemasan. Ada rezeki dapat main dengan pasukan Terengganu. Suit Cantenbury tertulis nama Haikal, Terengganu di belakangnya. Wah2. Berangan.

Kenapa Terengganu hebat? Pertama, pemakanan rutin iaitu ikan. Apa saja yang dimakan mesti berasaskan ikan, pembekal protein yang baik kepada badan. Kedua, kejurulatihan. Terengganu mempunyai kewangan yang kukuh untuk mengimport pemenang pingat EMAS Sukan Sea Korat, Thailand, Nam Rong sebagai jurulatih utama. Ketiga, latihan atlit mengikut perancangan yang telah disediakan iaitu terdapat fasa permulaan, fasa pertengahan dan fasa pecutan. Perancangan latihan bagi setiap kejohanan yang akan disertai.

Keempat, insentif yang ditawarkan sangat tinggi. Pemain yang mendapat EMAS akan mendapat rm 5k seorang dan jurulatihnya mendapat rm 3k bagi setiap atlit yang menang. Itulah sebab Terengganu sangat maju dalam bidang sukan di peringkat akar umbi. Amatlah bertuah jika terpilih mewakili Terengganu barang sekali pun cukuplah. Tetapi apakan daya, belum cukup bersedia. Nam Rong menggelengkan kepala. 

Berakhirlah kisah di Terengganu Bandar Keropok Lekor. Selamat jalan Terengganu. Sekian dari Kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM