Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat
Hari kedua berada di bumi darul iman. Bangun dari birai katil terus pergi mandi. Dalam otak hanya memikirkan sarapan pagi yang disediakan percuma (dalam pakej) sebenarnya dicaj sekali dengan harga bilik. Itu semua taktik perniagaan. Bersiap terus ke tingkat 15 (Jintan Lounge). Bagi HA makanan di sini biasa-biasa saja. Cuma nampak sedikit mewah. Antara juadah yang terhidang dan terpulang hendak ambil banyak mana pun adalah :
Nasi Dagang
Moi Tanpa Sup (agak pelik bagi HA)
Salad
Roti Telur Bakar
Kuih Muih
Air (jus buah oren, teh o'ais, kopi panas dan air mineral)
Nampak macam sedap mula-mula. Selepas merasainya terbukti rasanya biasa saja. Caj untuk sarapan adalah rm 15 seorang. Oleh itu, walaupun kurang sedap terpaksalah makan setara dengan harganya. Makan sepuasnya.
Bermula pengembaraan. Ops. Bukan pengembaraan tapi perjalanan sebabnya pergi ramai-ramai. Perjalanan Terengganu 2 terus menuju ke Rantau Abang. Satu jam setengah dari Kuala Terengganu. Sebelum sampai di Rantau Abang, perjalanan singgah sebentar (hakikatnya lama, sejam lebih) di Kompleks Kraftangan Arfa Batek, Marang. Tempat yang harus disinggah apabila berkunjung ke Terengganu. Sedikit gambaran Kompleks Kraftangan Arfa Batek :
 |
Gerbang Kompleks Kraftangan Arfa Batek (masuk dan parking percuma) |
|
|
|
 |
Abang Batik Cop (sebelum dihantar ke kilang untuk perebusan) |
 |
Kedai Cenderamata disediakan |
 |
Kedai Cenderahati (promosi) |
 |
Pintu kompleks. Masuk dalam. Ada pelbagai benda berasaskan batik wujud di sini. Rambang mata. |
 |
Cenderahati paling istimewa. Arca. Satu huruf/rm 5 |
| | | |
|
|
|
|
Selesai menunaikan tanggungjawab sebagai pembeli berhemah. Perjalanan kembali menuju terus ke Rantau Abang. Di kiri kanan jalan menuju ke sana ada banyak gerai menjual makanan tradisi terengganu keropok lekor, sata dan otak-otak. Bolehlah beli andai berhajat atau berhajat di hati. Tibalah di Santuari Penyu, Rantau Abang dan Galeri Biodeversiti Akuatik yang terletak bertentang sahaja.
 |
Rangka Paus yang terdampar di Rantau Abang tahun 2000 |
 |
Anak Penyu baru seminggu menetas |
 |
Gerbang Santuari Penyu, Rantau Abang, Dungun |
 |
Gerbang Galeri Biodeversiti (bertentangan dengan Santuari Penyu) |
Habis menelurkan penyu. Sudah petang. Perjalanan pulang diserikan dengan jualan jagung rebus di sepanjang jalan. Perjalanan menuju ke Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu untuk makan angin dan mengisi perut yang sudah berkeroncong dari tadi. Pantai Batu Burok :
 |
Pantai Batu Burok yang tiada pun batu. Pasir yang banyak. |
 |
Kereta kuda berhias. rm 10 / pusing 2 kali treknya. |
Cukuplah setakat itu untuk Terengganu 2. Balik hotel terus terbalik. Malam punya cerita hanya jalan-jalan tepi sungai Terengganu melihat makhluk Tuhan yang kurang malunya. Jumpa di Terengganu 3/4.
Comments