Posts

Showing posts from January, 2013

Bingung Sebentar

Salam hormat. Kali ini HA bingung. Mana yang penting. Diri sendiri atau orang lain. Dari kecik HA diajar untuk mendahului keperluan orang lain melebihi diri sendiri. Ayat ayahanda mudah, kita hidup bermasyarakat, kita tolong orang hari ini, Allah akan tolong kita pulak nanti. Masih jelas terngiang di telinga gabungan frasa itu. Itu sebab kalau nak beli KFC, MCd, MB, Pizza atau lain-lain lagi, HA takkan dapat beli time asrama ayahanda ada penghuni. Memang permohonan takkan diluluskan. Sebabnya? Kesian dekat penghuni asrama tengok makanan 'mewah' itu keluar dari bonet kereta. Terpaksalah simpan hajat itu time hujung minggu penghuni asrama balik. Mungkin sebab terbiasa macam itu. Timbul kekeliruan bila HA dah dewasa begini. Di saat timbulnya masalah. HA berada di persimpangan, siapa yang nak didahulukan? diri sendiri atau orang lain. Bagi HA, kita perlu melihat kepada keutamaan. Baru boleh buat keputusan. Kalau orang lain lebih memerlukan, biarlah kita mengalah. Mengalah tak...

Berubahlah

Salam hormat. jangan dikenang kalau engkau seorang jangan diingat kalau engkau termenung mungkinkan hati rasa ragu dan bimbang tiada siapa akan menolong lupakan sudah kisah yang telah lalu jangan diikut kata hatimu sayang apalah guna duduk bersedih pilu cari hiburan sambil berdendang hidup kita bukan untuk derita juga derita tidak selamanya jangan dibuang usia yang masih muda agar tak kesal di hari muka (hidup bukan untuk derita : ahmad jais) Baiklah. HA ucap tahniah kat si fulan yang berjaya goncang mood HA minggu lepas. Si fulan yang agak hebat tapi belum cukup hebat untuk HA. Hebatnya adalah sebab tindakan si fulan ini buat HA ingat kesah 5-7 tahun lepas. Nyaris janji HA, 5 tahun dulu diingkari. Nyaris juga muka, perut, kaki tangan si fulan ini dicium HA. Sebabnya, si fulan ini biadap sangat. Lidah macam biawak. Sembang persis burung kakak tua beri salam. Tolonglah jangan bagi HA ingkar janji depan ayahanda 5 tahun lepas. Tolong sangat. Kalau setakat 5 ora...

Kerana Gagal

Salam hormat. Kejayaan. Itulah yang diimpikan semua. Kejayaan mampu beri segala-galanya. Beri segala yang termimpi di katil menjadi kenyataan. Semua yang mampu termimpi. Ada yang kata, hanya kejayaan mampu buat diri jadi jutawan. Jadi hamba ringgit. Demi Maha Suci Ringgit, ada sanggup buat apa saja, untuk terkenal dan dikenali. Saat kini, ramai yang dahagakan kejayaan. Sudah termaktub dalam otak, kehidupan satu perlumbaan. Semua akan berlari menuju destinasi. Yang lambat akan dianggap gagal walaupun sampai ke destinasi. Bezanya cuma lambat dan cepat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Layakkah kita menghukum Pencipta sekiranya Dia lambat mengabulkan doa? Tentu tidak layak. Dunia pada hari ini tidak pandang langsung yang LAMBAT dalam perlumbaan. Hari ini HA nak kongsi, yang gagal juga ada maruah. Jangan langsung dihina. Syukur hari ini, di Masjid Faizzuddin insan yang gagal juga rasa dihargai. Insan itu dikenal kerana gagal. Ada juga hamba Allah yang sanggup turun darj...

Maafkan Aku

Salam hormat. Hari ini aku dapat dengar titisan air mata itu mengalir. Mengalir dengan sangat ikhlas. Sangat ikhlas. Ikhlas mencintaiku. Meskipun tak nampak, jelas air mata itu mampu memberi pengertian buatku. Ya Allah, mengapa kau selindungkan rasa cinta hambamu ini kepadaku? Maha suci Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Aku benar-benar tak tahu dia mencintaiku. Rasa rindu yang mendapatkan aku kembali. Kembali menjadi aku. Aku janji, tidak akan ada lagi air mata yang mengalir keranaku. Maafkanku. Sekian dari kayangan.

Baby Datang

Salam hormat semua. Haa..entry kali ni sudah tentu tentang berita HA dapat baby baru. Baru petang tadi dapat. Setelah 52 jam HA tunggu, akhirnya baby pun selamat datang masuk ke bilik HA yang tak seberapa kemas nieh. Comel macam HA kecik-kecik dulu. Sebenarnya sudah dua hari HA beli sangkar tu tapi baby tu aktif sangat. Merayau rata-rata. Nasib baik RA jumpa sebelum solat jumaat. HA bagi RA jaga dulu, kebetulan kampung HA pun tengah berselerak dengan kotak-kotak. Almaklumlah nak pindah bilik. Jadi, kena kotakkan barang yang mahai-mahai tu. Pabila masuk saja dalam bilik HA, baby terus melawat kawasan. Mulalah nak tanda kawasan bilik HA, jadi milik baby. I don’t think so baby. Baby terus cakar mana yang patut dicakar. Bulu baby triple-colour. Cokelat, putih dan ekor baby hitam. Macam pelangi zaman hitam putih pun ada.  Betul cakap RA, baby ni aktif sangat. Kalau letak luar sangkar, mesti lari-lari. Habis dilanggar minyak wangi, syampoo dan minyak rambut HA. Tapi baby ...

UNDILAH SAYA

Salam hormat buat yang layak dihormati. Alhamdulillah majlis rapat umum ataupun malam manifesto telah selamat dilangsung dengan bingitan sorakan yang didambakan oleh pihak penganjur. Yang istimewa kali ini, HA hadir dan senyum memerhatikan kecomelan itu. Ya Allah permudahkanlah. Tak kurang selamat juga ada janji-janji semanis cuka yang ditaburkan. Moga si penabur janji itu ikhlas. HA mohon agar semuanya selamat dipangkah. Ameen... Edisi “undilah saya” pada kali ini ramai. Ramai yang rela, terpaksa dan ada juga yang sangap. Suka tengok gelagat yang golongan “sangap” ini. Bagi golongan “sangap”, HA berpendapat   mereka menjadikan “undilah saya” sebagai pentas untuk tampil profesional. Jadi terkenal, sebut nama tak sampai habis, semua kenal. Bersyukur sesangat kita tak tergolong dalam puak ini. Mengecewakan. Bagi yang benar-benar ikhlas mahu memimpin. Syabas HA ucapkan. Teruskan. HA sangat memerlukan bantuan anda. Buat HA, ini adalah edisi kali-4 “undilah saya”. Macam-ma...

Ulasan Motivator Muda Bahagian 2

Image
Salam hormat buat yang layak dihormati. HA teringat akan kata-kata yang selalu disebut berkali-kali oleh motivator tersohor negara kita yang dipetik dari sabda nabi junjungan , katanya “jika kita sayang semua benda atas muka bumi, insyaAllah yang di langit akan sayang dekat kita”. Tapi, macam mana kita nak sayang kalau kita tak saling kenal siapa ehem2 kita. Ha Ha Ha. Kali ini HA buat keputusan untuk berceloteh secara santai sikit. Muak HA pabila tertengok entry lama. Formal bebenor. Buat kali kedua, perempuan didahulukan. Siapa perempuan? Siapa lelaki? Kedua-dua makhluk tuhan ini pastinya ada kelebihan dan kekurangan yang teristimewa. “tidak ada siang bernama hari, tidak ada malam bernama hari, oleh itu marilah kita khabarkan pada siang dan malam bahawa mereka ini saling bergantungan bagi melengkapkan pusingan hari.” Lelaki perlu kenal perempuan, perempuan juga perlu kenal lelaki. Andai itu takdirnya, akad nikah tempat mula, liang lahad lubang akhir.   Teringin jug...

Ulasan Motivator Muda Bahagian 1

Image
Salam hormat buat yang layak dihormati. Selalu kita dengar ayat yang berbunyi seperti ini, "jika kita sering mencari perbezaan di manakah akan menjumpai titik persamaan." Lebih kurang begitulah bunyinya. Syukur HA diberi kesempatan untuk selesa bernyawa pada ketika ini. Sekalung terima kasih kepada ayahanda yang memberi ruang untuk HA mengorek dan mendalami rahsia personaliti. Ayuh kita bongkar rahsia dalam rahsia. Rahsia siapa? Rahsia kita sebenarnya. Kih3.. Kehidupan memang tidak pernah sunyi dengan masalah. Ayat klisenyer. Ceriteranya ramai yang ada masalah tetapi tidak pandai menyelesaikan masalah. Harus ingat, lari dari masalah bukanlah penyelesaian terbaik malahan mengundang seribu masalah mendatang. Kali ini HA akan bongkarkan realiti hubungan lelaki dan perempuan. Dahulukan perempuan ya. Ha Ha Ha. Perempuan berjumpa perempuan lain mesti bercerita pasal masalah. Tak kisahlah masalah sekecil semut atau sebesar dinosaur. Mesti cerita. Memang keu...