Posts

Road To Sukma

Assalamualaikum w.b.t Aku hidup kerna dia Rabbi, dialah teman, dialah wali, dia mencukupi, aku hidup bererti, menikmati damai abadi. Dalam kesesakan ke sana sini, aku mendapat pesanan dari teman bertulis 'Tahniah, lulus.'. Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang mengetahui kegembiraan itu. Mau sahaja aku lihat sendiri result itu tetapi apakan daya aku sedang memimpin skuad kayangan yang akan berangkat ke bumi Tok Gajah dua minggu. Aku diam dalam gembira. Terus kedapatkan umi bagi mengetahui khabar gembira itu. Allah mengurniakan hambanya seperti yang telah diusahakan. Gerbang semester 4 direntasi dengan tenang.  Tidak sampai sepurnama lagi skuad kayangan yang kupimpin akan berperang di bumi asing Tok Gajah. Bumi yang kukira mengambil masa hampir setengah hari perjalanan. Perlbagai persiapan dijalankan bagi memperkemaskan keadaan yang akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri, aku dan team perlu memastikan diri berada di MSN tepat jam 8.30 pagi untuk dibawa ke Pendang Lake Resort...

Surat Buat Umi

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah sudah dua hari berlalu semester 4 ini. Keputusan belum lagi muncul membuatkan debaran makin kencang. Sesekali terasa kekosongan yang amat sangat. Mungkin kekosongan yang melanda ini ada hikmah di sebaliknya. Anakanda sedar kekosongan dan kesesakan itu datangnya dari Allah, oleh itu, kepadaNyalah tempat anakanda meluahkannya. Sedikit kegembiraan pabila 'Men Are From Mars, Women Are From Venus' sudah dalam genggaman. Anakanda harap buku ini dapat membantu anakanda dalam mengkaji perihal teruna dan dara di bumi kayangan ini. Hari ini anakanda sengaja lari dari kebiasaan. anakanda duduk di bahagian tengah tempat duduk. Memerhatikan yang di hadapan dan mengerling yang di belakang. Hasilnya adalah content surat ini. "Seni Dalam Pendidikan. Apa ya? Saya cari orang kayangan untuk menjawab." Tuturnya sambil meneliti list name. Nama anakanda disebut. Anakanda menjawab dengan perlahan, takot-takot salah. Jawapan anakanda tepat. Pada mu...

a abertura de quatro semestre

Bismillahirrahmanirrahim... Detik ini keputusan semester lepas belum muncul. Aku dan teman-teman berdebar menantikan. Aku mohon pada Allah agar semuanya mumtaz. Sampai akhirnya. Cuti ini banyak yang kupelajari. Benar kata abah, kehidupan adalah proses belajar. Sentiasa belajar. Aku memenuhi ruang cutiku dengan melengkapkan 'Bukan Rindu Biasa'. Dalam usahaku dan pertolongan yang Maha Esa untuk belajar melaksanakan tugas 2 in 1. Pertama, bagi memenuhi tuntutan pemegang Sea Write Award. Kedua, bagi beralih arah dalam pertarungan sayembara remaja III. Kugagahi jua walaupun ku sangat mengerti ini bukan bidangku. Terus terang aku katakan aku lebih selesa beraksi dalam dunia puisi. Tetapi apakan daya keadaan memaksaku berbuat demikian. Alhamdulillah, berkat kubimbit 'Bukan Rindu Biasa' ke Shah Alam & Bumi Hang Tuah, akhirnya 'Bukan Rindu Biasa' menemui noktahnya. Aku sedar aku bukanlah penulis apatah lagi seniman. Aku juga merupakan captain skuad kayangan. Cu...

Pulau Iktibar

Iktibar cukup berguna : Jangan sesekali mempertaruhkan harga diri demi insan lain. Kerana itulah sahaja yang kita anda. Andai hilang maka kita bukan lagi manusia.

Pulau Muhasabah

Salam... HA ingin mengajak anda semua untuk refresh balik diri masing2. Pernah tak satu hari tu keseluruhannya tidak memihak kepada kita. Pendek kata semua yang kita buat tak jadi2. Panjang pulak kata tak luck hari tu. Sebab apa berlau sedemikian rupa ??? Suratan atau just kebetulan semata. Bagi HA apa yang telah berlaku memang sudah really betul2 sudah ditentukan oleh Maha Adil. So jangan pertikai perkara yang telah berlaku. Yang lepas biarkan lepas. Siapa kita yang mengaku layak nak mempertikaikan takdir. Jadi terima sahaja. Mesti anda pernah terjadi hari yang paling malang bagi diri anda. Apa yang perlu dilakukan??? Berfikir sejenak..muhasabah diri..apa perkara yang anda telah lakukan sebelum hari tu..ya..perkara yang pelik yang anda tidak pernah buat sebelum ini tetapi anda terbuat. Sama ada perkara yang dibuat itu Salah atau Benar..itu terpulang kepada anda. Anda mesti ingat setiap perkara yang anda lakukan ada balasannya. Kalau tak dibayar cash pun akan diberi cek..nanti cas...

Pulau HATI

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) KOTOR atau BERSIH hati kita hanya kita yang dapat menilai dan Allah s.a.w sahaja yang Maha Mengetahui. Cuba kita fikirkan hanya seketul daging mampu mengawal keseluruhan jasad.  Ini bukan perkara main-main. Kerna ini melibatkan tambahnya dosa lalu kurangnya pahala. Lagi menyedihkan apabila ini merangkumi kehidupan yang abadi iaitu hal syurga dan neraka. Terhinanya manusia ke neraka dan berbahagianya insan di syurga semuanya soal hati. Bukan filem SOAL HATI lakonan Erra FAzira & Yusry KRU yang top satu masa dulu. Ini berkisar tentang kemampuan seketul daging yang mampu mencorakkan kehidupan yang abadi. Memang tidak dapat di...

Pulau Sastera - Bhgn. 3

Detik mentari mulai rebah Puncak Pulau Sastera Ditawan "Kreativiti dan Pemikiran dalam Berkarya" Bertatih HA sebelum sampai ke puncak ini. Pernah dengar nama Prof. Rahman Shaari ? Antara pengkaji sastera negara kita. Pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 1976 dengan sajak "Hamparan Kuning". Beliau juga dikenali sebagai Al-Hafiz dalam sastera sebab dalam otaknya ada dalam 300 lebih sajak yang dihafalnya. Anytime, anywhere boleh saja dideklamasikan. "Sajak merupakan seni mengagak-agak" katanya. Mengapa berkata demikian ? Katanya maksud di sebalik sajak yang dideklamasikan bergantung kepada individu itu sendiri. Apa yang bermain di kotak fikiran individu. Itulah maksudnya. Tidak ada salah mahupun betul. Berbalik kepada tajuk, penghasilan karya sastera memerlukan kreativiti. Dalam isu ini Prof menekankan perbezaan antara fikiran dengan pemikiran. Contohnya. Air dicincang takkan putus itu namanya fikiran. benda normal. Maksudnya mudah iaitu hubungan pers...