Debaran Akhir AFF Suzuki 2018

Sumareh dengan aksi menggelecek pada saingan akhir pertama AFF Suzuki 2018

Ternyata saingan akhir AFF Suzuki 2018 kali ini memperlihatkan pertemuan ibarat buku bertemu ruas. Skuad Naga Emas Vietnam yang menampilkan ramai pemain muda merupakan halangan terakhir Harimau Malaysia bagi menjulang piala berprestij bagi edisi kali ini.

Setelah tamatnya saingan akhir pertama yang berlangsung di Bukit Jalil, penulis terpanggil untuk berkongsi pendapat dari kaca mata seorang penyokong. Keputusan 2-2 jelas bukanlah bekalan selasa buat Harimau Malaya yang bakal berkunjung ke Hanoi pada 15 Disember ini. Walaupun begitu, riak Coach Cheng Hoe tetap yakin anak buahnya mampu mengulangi kejayaan menundukkan Gajah Perang di Rajamanggala.

Di sini penulis ingin berkongsi rasa minda berkaitan aksi akhir pertama menentang Vietnam. Ketiadaan 2 tonggak utama pertahanan memberi impak yang besar kepada pasukan. Pemain gantian yang disenaraikan untuk masuk dilihat kurang berkomunikasi dengan baik dengan Farizal Marlias. Dengan Vietnam menampilkan skuad muda, pastinya serangan hendap merupakan senjata rahsia mereka. 

Penulis berpendapat pertahanan Harimau Malaya sering digagalkan dengan cubaan bola lambung. Sudah beberapa kali pintu gol Malaysia dibolosi hasil daripada cubaan ini. Ini terbukti semasa menentang Thailand pada saingan separuh akhir, gol Malaysia dibolosi dua kali berpunca daripada serangan hendap dan persaingan bola di udara. Diharapkan Coach Cheng Hoe menyedari kelemahan ini dan memperbaikinya secepat mungkin.

Namun, Harimau Malaya juga layak diberi pujian apabila bingkas bangun untuk menyamakan kedudukan setelah dibolosi 2 gol dalam masa yang singkat. Kelincahan Sumareh seharusnya digunakan dengan maksimum bagi menjelmakan bibit gol untuk disudahkan oleh Mat Yo. 

Harimau Malaya tidak seharusnya menumpukan short pass di hadapan gol lawan sebaliknya rembatan jauh on target diperlukan bagi menghasilkan gol. Harimau Malaya tidak ketandusan pemain untuk melaksanakan tugas ini, Syameer Kutty, Zaquan Adha mahu pun Sumareh boleh memainkan peranan bagi mencetak nama sebagai penjaring gol.

Akhirnya, penulis berharap semoga skuad Harimau Malaya lebih cepat panas dan berjaya mengulangi keajaiban di Ramanggala tempah hari. Sekian. 

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM