Surat Buat Umi
Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah sudah dua hari berlalu semester 4 ini. Keputusan belum lagi muncul membuatkan debaran makin kencang. Sesekali terasa kekosongan yang amat sangat. Mungkin kekosongan yang melanda ini ada hikmah di sebaliknya. Anakanda sedar kekosongan dan kesesakan itu datangnya dari Allah, oleh itu, kepadaNyalah tempat anakanda meluahkannya.
Sedikit kegembiraan pabila 'Men Are From Mars, Women Are From Venus' sudah dalam genggaman. Anakanda harap buku ini dapat membantu anakanda dalam mengkaji perihal teruna dan dara di bumi kayangan ini. Hari ini anakanda sengaja lari dari kebiasaan. anakanda duduk di bahagian tengah tempat duduk. Memerhatikan yang di hadapan dan mengerling yang di belakang. Hasilnya adalah content surat ini.
"Seni Dalam Pendidikan. Apa ya? Saya cari orang kayangan untuk menjawab." Tuturnya sambil meneliti list name. Nama anakanda disebut. Anakanda menjawab dengan perlahan, takot-takot salah. Jawapan anakanda tepat. Pada mulanya, dari pandangan kasar anakanda pensyarah ini seperti orang Perak Utara. Kelihatan seperti rabun dekat, lagi muda jika ditanggal cermin matanya. Pertuturannya seperti suka berterus-terang sama seperti pandangan kepada murid tahun satu. Jenis yang suka berkonsgsi cerita. aku suka sekali jenis ini. Dia kukira sekepala denganku, umi. Katanya, kehidupan perlu ada kreatif. Langsung Tun Dr. Mahathir sebagai misalnya telah menjayakan PLUS dan Langkawi Airport. Dulunya mendapat tentangan, sekarang negara lain menbuat ikutan.
Yang anakanda ingin kongsi dengan umi ialah pensyarah ini menggunakan video sebagai daya penarik pengajarannya. Video motivasi dan video kanak-kanak tanpa tangan. Anakanda tidak lihat sangat video itu mungkin disebabkan sudah jemu dengan motivasi abah. Anakanda lihat teman-teman sebenarnya. Teman-teman yang melihat video itu. Pertama, ada teman yang mulutnya ternganga-nganga sampai lalat pun muat masuknya. Kedua, ada teman yang buat-buat sedih. Untuk menagih perhatian agaknya. Ketiga, ada teman yang benar-benar fokus sambil kening dikerutkan. Last, sempat kumemerhatikan ada teman yang meletakkan jari di bibir ditambah dengan air liur yang bertali setelah selesai video ditayangkan. Perlakuan ini akan kukaji bagi apakah motifnya.
Surat buat umi kali ini anakanda dapat seperkara. Berpendirian tegas itu perlu dalam kehidupan. Anakanda dapat selepas membaca bab 10 dalam 'Ayat-ayat Cinta'. Ditambah pula dengan perjalanan kehidupan yang acapkali kekosongan dan kesesakan yang sering menimpa. Perlu tegas baru ada akan hidup dalam berprinsip. Wasalam umi..
Surat buat umi kali ini anakanda dapat seperkara. Berpendirian tegas itu perlu dalam kehidupan. Anakanda dapat selepas membaca bab 10 dalam 'Ayat-ayat Cinta'. Ditambah pula dengan perjalanan kehidupan yang acapkali kekosongan dan kesesakan yang sering menimpa. Perlu tegas baru ada akan hidup dalam berprinsip. Wasalam umi..
Comments