a abertura de quatro semestre
Bismillahirrahmanirrahim...
Detik ini keputusan semester lepas belum muncul. Aku dan teman-teman berdebar menantikan. Aku mohon pada Allah agar semuanya mumtaz. Sampai akhirnya. Cuti ini banyak yang kupelajari. Benar kata abah, kehidupan adalah proses belajar. Sentiasa belajar.
Aku memenuhi ruang cutiku dengan melengkapkan 'Bukan Rindu Biasa'. Dalam usahaku dan pertolongan yang Maha Esa untuk belajar melaksanakan tugas 2 in 1. Pertama, bagi memenuhi tuntutan pemegang Sea Write Award. Kedua, bagi beralih arah dalam pertarungan sayembara remaja III. Kugagahi jua walaupun ku sangat mengerti ini bukan bidangku. Terus terang aku katakan aku lebih selesa beraksi dalam dunia puisi. Tetapi apakan daya keadaan memaksaku berbuat demikian. Alhamdulillah, berkat kubimbit 'Bukan Rindu Biasa' ke Shah Alam & Bumi Hang Tuah, akhirnya 'Bukan Rindu Biasa' menemui noktahnya.
Aku sedar aku bukanlah penulis apatah lagi seniman. Aku juga merupakan captain skuad kayangan. Cuti ini telah menemukan diri aku kembali. Selama aku bergelar captain, aku sering mengikut stail wira negara dalam beraksi di gelanggang dengan harapan aku juga mampu menjadi seperti mereka. Aku silap sebenarnya. Untuk berjaya, harus ada identiti. Aku terlupa stailku sebelum berstatus captain. Pertarungan dua bintang di Seberang Perai telah menemukan aku kembali. Kembali seperti asalnya. Malangnya kusiakan empat purnama dengan begitu sahaja. Tersenyum juga memikirkan hal ini. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi diri sendiri kembali.
Cuti ini juga aku penuhi dengan perjalanan ke dua destinasi. Tujuannya merehatkan minda. Pertama, perjalananku ke Shah Alam (I-City). Lokasi yang sesak lagi menyesakkan. Gelagat manusia yang pelbagai diperdagangkan oleh aku dan keluarga. Klimaks di Shah Alam apabila berada di Rumah Salji I-City. Pengalaman merasai kesejukkan di bawah paras beku. Keadaanya menggigilkan aku tetapi aku harus lagak cool saja. Sebabnya, ramai orang sebegitu. Jikalau aku terus menunjukkan kegigilan itu kepada awam mungkin ada mulut yang berbisik-bisik. Oleh itu, aku cuba untuk mengatasi masalah itu. Kedua, bumi Hang Tuah, lokasi yang padat ditambah dengan jalan yang sehala. Mengelirukan bagi pengguna GPS. Puncak bumi Hang Tuah munculnya di Menara Taming Sari. Sewaktu berpusing, sudah tertulis takdirku untuk berada tepat di pintu menara tersebut. Bagai terasa hilang nyawa ketika lanskap melaka dihidangkan kepadaku.
Simpulnya, pengisian cuti kali ini aku mengerti seperkara. Kehidupan adalah perjuangan dan keyakinan yang tak pernah padam. Tinggal hanya 2 minggu untukku bertarung di bumi Tok Gajah. Bumi asing bagiku. Namun, setiap langkah ku perkemaskan selagi ada waktu yang dikurniakan.

Comments