Road To Sukma
Assalamualaikum w.b.t
Aku hidup kerna dia Rabbi, dialah teman, dialah wali, dia mencukupi, aku hidup bererti, menikmati damai abadi.
Dalam kesesakan ke sana sini, aku mendapat pesanan dari teman bertulis 'Tahniah, lulus.'. Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang mengetahui kegembiraan itu. Mau sahaja aku lihat sendiri result itu tetapi apakan daya aku sedang memimpin skuad kayangan yang akan berangkat ke bumi Tok Gajah dua minggu. Aku diam dalam gembira. Terus kedapatkan umi bagi mengetahui khabar gembira itu. Allah mengurniakan hambanya seperti yang telah diusahakan. Gerbang semester 4 direntasi dengan tenang.
Tidak sampai sepurnama lagi skuad kayangan yang kupimpin akan berperang di bumi asing Tok Gajah. Bumi yang kukira mengambil masa hampir setengah hari perjalanan. Perlbagai persiapan dijalankan bagi memperkemaskan keadaan yang akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri, aku dan team perlu memastikan diri berada di MSN tepat jam 8.30 pagi untuk dibawa ke Pendang Lake Resort. Aku gagahi diri untuk datang lebih awal, almaklumlah captain skuad kayangan la katakan.
First impression aku ternyata meleset sama sekali. Bas berangkat pukul 11.30 pagi. Berapa lama aku dan team tunggu? 3 jam. That right. Kalau 3 jam tengok KCB tak la terasa sangat. Tapi kalau 3 jam bertinggung sahaja memang terasa kot kehampehan itu membuak-buak. Memang perangai tak tepati masa. Bukan player Malaysia pun. Taraf state ja. Itu attitude player kita. Itulah wajah kita sebenanrnya. Itu yang pertama.
Selepas taklimat, aku diberitahu kem komandan bahawa setiap perlu mesti mewujudkan diri di Diamond Hall tepat jam 5 petang. Selaku captain skuad kayangan, aku mengimami solat asar pada petang itu. Ternyata kami sampai pukul 5.03 petang. Aku dan teman-teman diasingkan kerana lambat 3 minit. Solat Asar pada hari tersebut masuk jam 4.48 petang. 12 minit untuk sembahyang berjemaah. Adakah sempat bagi kalian. memang tak sempat. Aku dan teman-teman didenda sebab lewat datang kerana hanya sebab sembahyang berjemaah. Kem komandan itu sembahnyangnya di mana? Rasa tidak puas yang amat sangat. Sesekali aku bingung juga. Adakah kita perlu menepati masa terus dengan mengabaikan solat? Dunia atlet adalah dunia yang sangat tidak adil. Ikutkan hati maunya aku baling muka kem komandan itu dengan bola petanque milikku. Biar lebam sekali terus balik kampung. Agaknya tak solat pun tak apa, asalkan tepati masa.
Kegigihanku dan teman-teman tercabar ketika hendak menunaikan sembahyang jumaat. Berjalan kaki 2 kilometer di bawah terik mentari dan kehangatan telapak kaki sangat menduga keimanan. Mungkin ada yang berpatah balik. Aku mengambil keputusan untuk tidak menoleh belakang. Aku teringat kisah-kisah perngorbanan insan yang sanggup berkorban demi agama tercinta. Aku pingin sekali mau jadi seperti mereka. Perkara itulah yang kupegang untuk sampai ke masjid yang khatibnya baru selesai membaca khutbah. Terus ambil wudu' dan sembahyang. Sembahyangnya 12 minit, perjalanannya hampir setengah jam. Itu mencabar keimanan.
Kem ini hanya untuk menaikkan semangat kenegerian dalam kalangan atlet yang berjuang demi negeri. Mental preparation, nyanyian lagu 'Gemuruh' (Faisal Tahir) dan latihan dalam kumpulan seterusnya membuat persembahan. Semuanya bagi melihat teamwork dalam pasukan. Aku mengerti semua itu. Memang bersemangat pun sekarang. Berkobar-kobar. Tetapi agak sibuk dengan kerja. Aku sedar dalam hal ini, aku tidak boleh jadi semua yang aku inginkan. Tetapi inilah aku. Hamba Allah, pelatih ipg, captain skuad kayangan, penggiat sastera dan insan yang mencintai seseorang. Itelah aku sebenarnya.
Sekian.
Comments