Sudah 2013...
Salam terhormat buat yang layak dihormati. Selamat tahun baharu 2013, HA salurkan kepada semua pembaca. Moga-moga azam tahun lepas telah tertunai. Tertunai ? HA katakan 'tertunai' sebab azam itu ditunaikan secara tidak sengaja. Acapkali kita terlupa azam kita di awal tahun kan. Benarlah MELAYU MUDAH LUPA. Entry kali ini HA ingin mengajak kita semua termasuk HA untuk cermin diri, renunglah peribadi. Mudahan kelak mendatang kita semua menjadi manusia berguna. Itulah matlamat kita diciptakan di atas muka bumi Allah. Untuk mentadbir segala yang mampu ditadbir. Tentu ada batasannya. Kembali pada tajuk. Sudah 2013. Pabila tiba tahun baharu, ramai yang mengatakan tentang AZAM baharu bukan? Terpulanglah di mana-mana sahaja. Bermula dengan sembang PAK MAT di kedai kopi, lantaran celoteh DJ di radio sana-sini, ditambah dengan ceritera gamat di kenduri raja sehari sehinggalah tamat dalam istana raja sendiri. AZAM TAHUN BAHARU !!! Tanpa kita sedari azam yang tahun lepas-lepas macam m...