Sudah 2013...

Salam terhormat buat yang layak dihormati. Selamat tahun baharu 2013, HA salurkan kepada semua pembaca. Moga-moga azam tahun lepas telah tertunai. Tertunai ? HA katakan 'tertunai' sebab azam itu ditunaikan secara tidak sengaja. Acapkali kita terlupa azam kita di awal tahun kan. Benarlah MELAYU MUDAH LUPA.

Entry kali ini HA ingin mengajak kita semua termasuk HA untuk cermin diri, renunglah peribadi. Mudahan kelak mendatang kita semua menjadi manusia berguna. Itulah matlamat kita diciptakan di atas muka bumi Allah. Untuk mentadbir segala yang mampu ditadbir. Tentu ada batasannya.

Kembali pada tajuk. Sudah 2013. Pabila tiba tahun baharu, ramai yang mengatakan tentang AZAM baharu bukan? Terpulanglah di mana-mana sahaja. Bermula dengan sembang PAK MAT di kedai kopi, lantaran celoteh DJ di radio sana-sini, ditambah dengan ceritera gamat di kenduri raja sehari sehinggalah tamat dalam istana raja sendiri. AZAM TAHUN BAHARU !!!

Tanpa kita sedari azam yang tahun lepas-lepas macam mana? Tercapaikah? Mula cakap : Cakap senang, buat belum tau. Tengah cakap : Lu sembang kencang, sekarang habuk pun xdak. Akhir cakap : Dengar boleh, percaya jangan. Ha Ha Ha. Alamak cheq (MELAYU) lupa azam tahun lepas...cheq nak qada' buleh dak? Buley aih, bukan sapa tau pun. Lepas ni hang buat lagi noo...

Cermin diri, renunglah peribadi. Moga-moga azam yang kita tetapkan itu mampu kita capai. Jangan hanya angan-angan Mat Jenin. Hanya kita sahajalah yang mampu menilai diri kita. Cantikkah atau segakkah kita? Ingat, cantik dan segak itu RELATIF. Segak kita tak sama dengan segak mamak walaupun kulit dan rambut sama hitam. Fikirkan. Jadi tentukan azam kamu sendiri mengikut selayaknya.

Tiap dari kita pasti tidak punya azam yang sama. Manusia itu berbeda. Perlukah kita bongkar azam kita pada dunia? Mungkin perlu buat sang pelupa. Mungkin tidak buat sang pengecut. Untuk berazam kita semua perlu berani + sedar + berani. Untuk tercapai azam kita semua perlu usaha + istiqamah + doa. Semoga kita semua berjaya bikin azam dan bikin azam jadi kenyataan. Buat yang terbaik !!!

Akhirnya...walau apa pun azam anda HA harap janganlah bercanggah dengan ketentuan agama. Realistik. Itu yang penting. HA tinggalkan anda dengan satu pegangan buat bantuan tercapainya azam kita semua : Usaha Terus Meskipun Situasi Semakin Sulit. Sekian dari Kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM