Sudah Cukup-Cukup Cuti

Alhamdulillah, syukur ke hadrat illahi Allah masih lagi peluang untuk HA hidup di atas muka bumi ini. Jika tidak almaklum sendiri tau. Pengisian cuti agak padat. Memang padat sehingga tak terpadat lagi HA menulisnya. Kendatipun begitu, tugas menulis perlu juga. Bagi mengasah otak yang lama-lama akan tumpul. Di samping berat badan yang semakin bulat, HA tidak dapat lari dari tugasan yang benar-benar mencabar kewibawaan diri. Misalnya duta DBP, penulis lapok, mahasiswa terdidik, pementong perlis serta belambak lagi tugas yang sedang berada di pundak HA. Apakan daya, dah nasib begini. Mula-mula ingat nak cari kerja TETAPI banyak pulak songehnya. Kemampuan diri dicabar.


KALAM PERTAMA. Inilah antologi pertama puisi dan cerpen HA. Antologi yang berikutnya masih dalam perancangan. Ongkos dan isinya masih kurang matang pak. Antologi yang memuatkan hasil karya mantan MPR 2011 yang berkubang di Shah Beach Resort, Melaka. Tempat yang penuh nostalgia kepada HA. HA ditentang dan diasak bertubi kali di sinilah.



KEMBARA SENI. Penyatuan MALAYSIA-SINGAPURA atas dasar menegakkan kembali sastera Melayu. HA bersama rakan IPG turut menyibukkan diri. Inilah pengalaman HA naik keretapi. Jangan terkejut sudah. Memang betul. Lagi, pengalaman pertama menghasilkan karya atas Keretapi Tanah Melayu. Permulaannya agak sukar, kuncinya teruskan memikirkan idea untuk tulis. Satu lagi, menyanyi lagu Negaraku atas KTMB bagi menunjukkan kecintaan kepada negara kita MALAYSIA. Rupanya lagu yang kita selalu nyanyi semasa perhimpunan itulah yang membentuk jati diri kita sebagai rakyat Malaysia. Tegak bulu roma HA semasa menyanyikan lagu itu bersama peserta Malaysia lain. Kebanggaan terserlah. Kembara ini juga ada sesi bersama tokoh sastera antaranya Lim Swee Ting. Maka dapat sedikit buah tangan dari beliau. Rata-rata peserta Malaysia juga adalah mantan MPR. Jadi tidak kekoklah HA berkomunikasi. Agak selesa.

KENDURI. Bila sampai musim cuti maka oleh itu ramailah yang buat kenduri. Macam-macam kenduri ada. Semuanya membuatkan HA jadi bulat. Kalau HA tidak hadir alamatnya tak lengkaplah kenduri itu. Sekadar jenaka. Sudah menjadi kewajipan kepada kita untuk menghadiri kenduri. Terdapat juga kenduri yang HA sempat tolong. Tolong apa? Tolong bancuh air, angkat pinggan, angkat lauk cuma belum angkat nikah sahaja lagi. Kehadiran kita dalam kenduri moga-moga dapat memeriahkan lagi majlis yang disusun kemas.

LUMUT. Edisi cuti kali ini HA bersama keluarga merantau ke Lumut. Bandar TLDM Malaysia. Juga pusat pelancongan negara. Percutian yang dirancang sempena kenduri jiran lama di Seri Iskandar. Oleh itu, molek kiranya langsung ke Lumut. Matlamatnya rehatkan minda dan mengurangkan strees setelah lama bekerja dan belajar. Yang istimewanya di Lumut, banyak sekali kedai-kedai menjual makanan lauk kering. Murah-murah pula. Yang peliknya, di suatu restoran, HA pesan sotong goreng tepung setengah kilo. Datangnya cucur jemput yang dalamnya ada sotong. Boleh anda semua bayangkan? Berminyak lalu membuatkan HA pening kepala malam itu.

Tamatlah sudah ceritera pada kali ini. Itulah pengisian HA untuk cuti Disember 2012 ini. Harap semua sekali bahagia. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM