Makna CINTA

Salam Ramadhan dari Kayangan..

Entah mengapa sukmaku rasa terpanggil untuk menghurai tajuk ini walaupun aku mengerti bukan selayaknya aku untuk berceloteh mengenainya. Tetapi aku gagahkan jua bagi menyedapkan hati. Inilah makna CINTA dari persepsiku.

Padaku CINTA tidak dapat dipisahkan dengan perkataan 'SALING'. Dalam proses cinta itu sendiri memerlukan hubungan dua hala yang saling berpadu. Jika tidak maka akan timbullah istilah SS. Maka berlakulah peristiwa pelangi hilang, hujan tak jadi. Cinta merupakan perkara abstrak yang lahir dari hati dan tak semua insan  dianugerahkan untuk melafazkan CINTA.

CINTA kepada Pencipta merupakan cinta yang abadi. Cinta yang bukan SS. Di saat kita lemah akan CINTAnya, DIA tetap menyintai. Dialah juga yang menyemai bibit-bibit CINTA dalam sanubari setiap hambanya. Pernah ku menyebut dalam karyaku : Mereke lupa adanya mereka kerna DIA.

Adakah CINTA sama dengan jusnya? Jus yang menjadi idaman ramai di bazar ramadhan. Berpeluh untuk mendapatkan. Tetapi disebabkan bukan limited edition, jus CINTA hilang martabatnya. Dijual sangat murahan dan bersiap untuk lelongan tika sampai detik berbuka. Mengecewakan. Adakah CICINTA juga begitu. Kalau banyak, CINTA juga dijual secara pukal. Lelong !!! Lelong !!! 25 percent

Kata orang, dengan CINTA, manusia sanggup buat apa saja. Kata Saleem, dengan CINTA, lautan api sanggup direnangi. Padaku CINTA sangat diperlukan. Ia bagaikan irama dengan lagu buat diriku. Tanpa CINTA aku tidak akan menulis mengenainya sekarang.  CINTA merupakan proses belajar tentang perkara atau seseorang yang dicintainya. Mengkaji dan terus mengkaji.

Saat CINTA itu terjatuh dalam dua lubuk yang saling berperasaan. Indah sehinggakan ada yang mempu tersenyum sendiri. Aku juga begitu dahulu tetapi sekarang tidak lagi kerna aku tahu CINTA itu milik ALLAH. Hanya Dialah yang akan menentukan segala. Kita hanya tawakal di hujung usaha. Padaku CINTA datang sendiri, usah dicari, usah dipaksa. Menangis dan Tersenyum semuanya mainan CINTA. CINTA tak kenal dara mahupun teruna. Bila CINTA bersatu maka tercetuslah SAYANG. Perasaan yang membuatkan seseorang jadi special untuk seseorang yang lain.

Apabila Special ini timbul maka dua hati akan saling berpaut. DAN inilah saatnya. Saat ramai yang kecundang. Ramai juga yang memperoleh kejayaan. Detik mengenali diri masing-masing seadanya. Padaku jika CINTA itu benar-benar berkuasa, kelemahan akan bertukar menjadi keajaiban. Harus diingatkan kehebatan yang terserlah haruslah berpaksikan jalan yang dirahmati bukan yang dikeji.

Masalah terluka dan terasa kerna CINTA padaku harus diambil perhatian. Kerana perkara akan menjejaskan  CINTA. Oleh itu, SALING menjaga perasaan itu perlu. Setiap kata yang dituturkan, setiap baris mesej yang disendkan, setiap riak wajah yang dizahirkan dan setiap tingkah yang dilakukan. Semuanya harus dipandang berat apabila gerbang CINTA itu dilangkahi. Rasa cukup setakat itu mengenainya CINTA pada persepsiku.

Indahnya rasa bila diri dicinta dan menyintai. Andai benar diri sedang dicintai..Kasih Suci diharapkan menjadi inspirasi untuk terus berjaya. Jadikan satu semangat untuk mencipta kejayaan dan impian untuk hidup bersama menjadi kenyataan. Moga ikatan itu akan kekal utuh selamanya. Amin..



Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Terawih