Pulau HATI
Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) KOTOR atau BERSIH hati kita hanya kita yang dapat menilai dan Allah s.a.w sahaja yang Maha Mengetahui. Cuba kita fikirkan hanya seketul daging mampu mengawal keseluruhan jasad. Ini bukan perkara main-main. Kerna ini melibatkan tambahnya dosa lalu kurangnya pahala. Lagi menyedihkan apabila ini merangkumi kehidupan yang abadi iaitu hal syurga dan neraka. Terhinanya manusia ke neraka dan berbahagianya insan di syurga semuanya soal hati. Bukan filem SOAL HATI lakonan Erra FAzira & Yusry KRU yang top satu masa dulu. Ini berkisar tentang kemampuan seketul daging yang mampu mencorakkan kehidupan yang abadi. Memang tidak dapat di...