PULAU GAGAL
Angin malam menusuk merabakkan layar bahteraku hingga karam sejenak di Pulau Gagal. Tidak kusangka layar di bawah jagaanku musnah segalanya. Maka usaha untuk memperbaikinya bukan semudah yang disangkakan. Kerja gila bisikku dalam hati. Bermulalah kisah bahteraku karam di Pulau Gagal. Rupanya aku tidak sendirian ketika berlabuh, angin hitam telah merabikkan layar bahtera rakan seperjuanganku jua. Tapi tidak seteruk koyaknya layarku. Berlabuhlah aku bersama kelasi lain yang GAGAL mengemudi bahtera saat ombak mengganas serta angin hitam membuas. Detik itu aku masih lagi tidak mampu menerima hakikat bahteraku karam dek kerna angin hitam yang sekadar picisan bagiku tika berada di konti kelasi. Tapi apakan daya kata orang tuaku ini semua dugaan bagiku yang mesti dilalui bagi mematangkanku. Mungkin ini pengalaman dan pengajaran yang berguna buatku semasa belayar meredah lautan dalam kelak. Ramai yang menyokong untuk aku segera bangun memperbaiki layar bahteraku yang musnah. Mereka adalah kedua orang tuaku, teman bungaku serta sahabat handai yang menyokong. Tak kurang yang x menyangka layarku rabak sebegitu antaranya guruku. Saat itu aku masih meratapi dan bingung seorang diri bagaimana layar yang kukuh utuh ini, punah dengan sekelip mata. Amanat teman seperjuangan menguatkan semangatku untuk terus melupakan penderitaan itu. Kita sudah jatuh tersungkur ke bumi, untuk apalagi kita merapati kejatuhan itu ??? disaat sepatutnya kita bangun kembali meneruskan sisa kehidupan yang ada. Kukuatkan semangatku untuk menerima dugaanMU ya Allah. Maha Suci Allah yang memberi yang memberi dugaan kepada hambanya selayaknya. Aku mulai pandai menenangkan hati. Kalau hendak diturutkan hati, malam itu juga usaha memperbaiki layar dimulakan tetapi rakanku menghalang. Keadaan tidak mengizinkan ujarnya. Aku tidak dapat melelapkan mata malam itu kerna kekecewaan layarku. Aku membingungkan diriku hingga aku terlena. Saat aku membuka mata, aku memulakan langkah memperbaiki layarku agar lagi utuh ditiup angin. Ketika aku sibuk memperbaiki layarku aku terpandang sebuah gua. Nurul Iman digelarnya. Dikhabarkan kepadaku gua itu menyimpan pelbagai rahsia alam dan petunjuk bagi meneruskan pelayaran. Aku menyusun langkah untuk ke situ. Alhamdulillah…di sinilah tempat himpunan pelbagai rahsia ilmu pelayaran. Aku berulang-alik ke situ selalu. Tidak kujemu kesitu kerana tempat itu menenangkan aku yang kehilangan arah. Di situ juga aku merayu agar layarku siap dan kukuh walau dilambung dan dihembus angin sekuat manapun. Bertapalah aku di situ hampir sepurnama bagi menenteramkan jiwa yang lara. Sampai masa dibawanya waktu bahteraku diduga. Tenang aku mengemudi di konti kelasi. Usaha menaikkan sauh tidak boleh dipandang enteng, sekali lagi tercampak terus dibalut kersik. Habis tubuhku dijamahnya tanpa belas. Ujian Maha Esa kutempuh dengan penuh lara berselang redha. Sauh diangkat dengan kudrat yang ada. Ombak demi ombak diredahi, angin demi angin ditujahi, gah bahteraku melayari tanpa menghiraukan kersik di tepian pantai tak terkira banyaknya. Bahteraku belayar dibantu rumah api yang senantiasa menjadi panduan tika kehilangan arah tujuan. Alhamdulillah itulah ucapan yang besarrr ertinya kepadaku tika kembali ke konti kelasi milikku. Tahniah LELABAH IPG !!! anda berjaya keluar dari PULAU GAGAL
Comments