Posts

Showing posts from June, 2013

Berkasihlah...

Assalamualaikum w.b.t. dan salam hormat, Pedoman buat semua termasuk diriku sendiri. Jika kamu memancing ikan, setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu. Janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja. Kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang. Setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya. Janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja. Kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.     Jika kamu menadah air biarlah berpada, Jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh. Cukuplah sekadar keperluanmu. Apabila sekali ia retak, tentu sukar untuk kamu menampalnya semula. Akhirnya ia dibuang. Sedangkan jika kamu cuba membaikinya m...

Warkah RINDU

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat Rindu? Yang pastinya rindu itu anugerah. Kurniaan dari Tuhan. Setiap insan yang punya hati nurani punya rasa rindu. Detik ini biarlah nafas berbicara dalam lelehan air mata yang tak dapat kutahan genangnya. Ombak kerinduan menujah pantai waktu hari demi hari. Sesekali ombak itu membasahi pantai, nescaya redup hatiku seolah-olah difahami oleh awan yang mendung dan angin yang kosong. Perilakuku jadi tawar, Sendaku kian masin dan mata penaku makin karat. Ya Allah, kembalilah dan pulangkanlah dia kepadaku.. Inginku berbicara dari hati, moga ia jatuh ke hati. Bicara yang hiba ini bernada begini : Cinta dan Rindu itu bermula dari Adam dan Hawa, Dikisahkan Yusuf dan Zulaikha, Diabadikan Shah Jehan dan Mumtaz Shah, Diperikan pula Romeo dan Juliet, Dihikayatkan Rama dan Sita, Dipentaskan oleh Laila Majnun Kini, kita pula meneruskannya, Sungguh bahagia insan yang menemukan cinta dan rindu sejati, Ibarat tasbih dan benang peng...

DAULAT TUANKU

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat Menjunjung kasih ke bawah duli Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-14, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. Buat para syuhada' yang telah gugur di medan perang demi menegakkan agama Islam. Al-fatihah. Seiring dengan ulang tahun keputeraan rasmi baginda Yang Di-Pertuan Agong, selaku rakyat kita mestilah menghormati sistem raja berpelembagaan yang diamalkan. Isu yang membabitkan salah seorang generasi Y yang menghina titah ucapan sultan di laman sosial merupakan perbuatan yang sangat biadap bagi seorang warganegara Malaysia dan tidak dapat dimaafkan. Soal kedaulatan raja sebagai ketua agama Islam tidak boleh dipandang remeh. Cacian yang ditulis seolah-olah mempermainkan sistem raja yang termaktub dalam undang-undang negara. Skop ketua agama Islam perlu dilihat dengan lebih luas dan terbuka. Skop sultan bukan hanya tertumpu untuk orang Melayu sahaja tetapi seluruh rakyat yang berada di bawah naungan...

Terengganu 3/4/5

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat Sengaja digarabkan Terengganu 4, Terengganu 5 ke dalam Terengganu 3. Kerna, ceritanya lebih kurang sama. Pada Terengganu 3, bermula sesi latihan bersama pasukan Terengganu. Pasukan kedua terhebat selepas pasukan Selangor. Teruja dan mengagumkan. Perjalanan dipanjangkan sehari berikutan kekaguman yang memikat hati. Tak mahu lepaskan peluang keemasan. Ada rezeki dapat main dengan pasukan Terengganu. Suit Cantenbury tertulis nama Haikal, Terengganu di belakangnya. Wah2. Berangan. Kenapa Terengganu hebat? Pertama, pemakanan rutin iaitu ikan. Apa saja yang dimakan mesti berasaskan ikan, pembekal protein yang baik kepada badan. Kedua, kejurulatihan. Terengganu mempunyai kewangan yang kukuh untuk mengimport pemenang pingat EMAS Sukan Sea Korat, Thailand, Nam Rong sebagai jurulatih utama. Ketiga, latihan atlit mengikut perancangan yang telah disediakan iaitu terdapat fasa permulaan, fasa pertengahan dan fasa pecutan. Perancangan latihan bagi set...

Terengganu 2

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat Hari kedua berada di bumi darul iman. Bangun dari birai katil terus pergi mandi. Dalam otak hanya memikirkan sarapan pagi yang disediakan percuma (dalam pakej) sebenarnya dicaj sekali dengan harga bilik. Itu semua taktik perniagaan. Bersiap terus ke tingkat 15 (Jintan Lounge). Bagi HA makanan di sini biasa-biasa saja. Cuma nampak sedikit mewah. Antara juadah yang terhidang dan terpulang hendak ambil banyak mana pun adalah : Nasi Dagang Moi Tanpa Sup (agak pelik bagi HA) Salad Roti Telur Bakar Kuih Muih Air (jus buah oren, teh o'ais, kopi panas dan air mineral) Nampak macam sedap mula-mula. Selepas merasainya terbukti rasanya biasa saja. Caj untuk sarapan adalah rm 15 seorang. Oleh itu, walaupun kurang sedap terpaksalah makan setara dengan harganya. Makan sepuasnya. Bermula pengembaraan. Ops. Bukan pengembaraan tapi perjalanan sebabnya pergi ramai-ramai. Perjalanan Terengganu 2 terus menuju ke Rantau Abang. Satu jam setengah dari...

Terengganu 1

Image
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat Alkisah bermulalah pengembaraanku ke bumi keropok lekor. Seawal 4.30 pagi Michelin 2011 sudah mula bergolek meninggalkan perkarangan kediaman rasmiku. Dalam Hyundai Accent GTi, doa dipohon buat selamat sepanjang pengembaraan. Sebelum itu... "Kita kena bertolak awal..takut sampai sana dah gelap, susah nak cari jalan.". Bondaku meluahkan rasa risaunya.  Aku mengerti maksudnya. Lagipun memang perlu bertolak awal kerana masa masuk hotel pukul 2.00 petang. Jika sampai lewat amatlah rugi ongkosnya. Pengembaraan yang rancangnya solo sudah jadi berkumpulan. Tidak mengapalah. Maka bermula perjalanan kona kiri kanan Gerik dan naik turun Banjaran Titiwangsa. Setelah bertukar-tukar pemandu utama, simpanan dan tambahan, tepat jam 3 petang sampailah 4 beranak ke Hotel Felda Residence. Hotel yang letaknya di tengah bandar Kuala Terengganu. Kalau anda berminat untuk menginap di sini pastikan buat tempahan awal di nombor 09-6321111. Kadar h...