Posts

Showing posts from December, 2011

Pulau HATI

Nabi Muhammad s.a.w bersabda, "Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Jika daging itu baik, maka baiklah seluruh anggota badannya tetapi seandainya daging itu rosak dan kotor, maka kotor dan rosaklah seluruh anggota badannya. Daging yang dimaksudkan ini adalah hati." (Riwayat Bukhari dan Muslim daripada Nu'man bin Basyir) KOTOR atau BERSIH hati kita hanya kita yang dapat menilai dan Allah s.a.w sahaja yang Maha Mengetahui. Cuba kita fikirkan hanya seketul daging mampu mengawal keseluruhan jasad.  Ini bukan perkara main-main. Kerna ini melibatkan tambahnya dosa lalu kurangnya pahala. Lagi menyedihkan apabila ini merangkumi kehidupan yang abadi iaitu hal syurga dan neraka. Terhinanya manusia ke neraka dan berbahagianya insan di syurga semuanya soal hati. Bukan filem SOAL HATI lakonan Erra FAzira & Yusry KRU yang top satu masa dulu. Ini berkisar tentang kemampuan seketul daging yang mampu mencorakkan kehidupan yang abadi. Memang tidak dapat di...

Pulau Sastera - Bhgn. 3

Detik mentari mulai rebah Puncak Pulau Sastera Ditawan "Kreativiti dan Pemikiran dalam Berkarya" Bertatih HA sebelum sampai ke puncak ini. Pernah dengar nama Prof. Rahman Shaari ? Antara pengkaji sastera negara kita. Pernah memenangi Hadiah Sastera Utusan 1976 dengan sajak "Hamparan Kuning". Beliau juga dikenali sebagai Al-Hafiz dalam sastera sebab dalam otaknya ada dalam 300 lebih sajak yang dihafalnya. Anytime, anywhere boleh saja dideklamasikan. "Sajak merupakan seni mengagak-agak" katanya. Mengapa berkata demikian ? Katanya maksud di sebalik sajak yang dideklamasikan bergantung kepada individu itu sendiri. Apa yang bermain di kotak fikiran individu. Itulah maksudnya. Tidak ada salah mahupun betul. Berbalik kepada tajuk, penghasilan karya sastera memerlukan kreativiti. Dalam isu ini Prof menekankan perbezaan antara fikiran dengan pemikiran. Contohnya. Air dicincang takkan putus itu namanya fikiran. benda normal. Maksudnya mudah iaitu hubungan pers...

Pulau Sastera - Bhgn. 2

Tika Dhuha mulai tenggelam "Memartabatkan Bahasa dan Sastera Melayu di Persada Dunia" "Pelangi hilang, hujan tak jadi" itulah ayat pertama yang terpacul dari mulut pembentang ini. Mauduknya sudah dasyat. Di PERSADA DUNIA. Mampukah ? Ukur baju di badan sendiri. Berkerut dahi HA memikirkan. Bukan semudah yang disangkakan. Penglibatan menyeluruh ditagihkan. Bicara mauduk dibentangkan oleh A. Rahim Abdullah, pensyarah fakulti penulisan Akedemi Seni Budaya dan Warisan Kebudayaan Malaysia. Katanya, apabila bibir menyebut DUNIA, manusia tidak dapat lari dari GLOBALISASI. Sama ada positif atau negatif globalisasi itu sendiri, bergantung kepada setiap individu. Bagaimana individu melihat kesan globalisasi ini. Realistikkah kita hendak memartabatkan bahasa di persada dunia ??? atau hanya omongan semata. Pada awal bicaranya, sajak "MELIHAT ALLAH" karya budayawan Perlis dideklamasikan : MELIHAT ALLAH Sudah lama tidak membuka tingkap dulu melihat pelbagai perka...

Pulau Sastera - Bhgn.1

Saat embun mulai kering "Menyelami Semangat dan Pemikiran Besar Dunia" Pembentang : Nazel Hashim Mohamad Mungkin ramai yang tidak mengenali saudara Nazel ini. Beliau merupakan penterjemah hebat yang telah berjaya menterjemah karya agung dunia. Memang terhebat hamba Allah ini. Beliau menterjemah karya Chinua Achebe iaitu "Things Fall Apart"atau "Terlerai dan Berkecai". "Terlerai dan berkecai" memakan masa setahun untuk mendapat nama. Menyulitkan. Who's Chinua Achebe ? Chinua Achebe merupakan profesor di salah sebuah universiti di Amerika Syarikat. Apabila berbicara tentang Chinua Achebe, "Things Fall Apart" memang tidak dapat dipisahkan. Bagai irama dan lagu. Karya anak kelahiran kampung Ogidi, salah sebuah kampung di Nigeria ini telah berjaya memukau orang Inggeris sendiri. Alunan bahasa inggeris yang diterapkan dalam novelnya itu diakui amat hebat oleh pengkritik sastera dunia. Buktinya "Terlerai dan Berkecai" t...

Pulau Kroni

Image
Salam...Berlabuh di Pulau Kroni Menyedihkan apabila pemilihan jawatan CEO/ahli lembaga pengarah atau yang sama waktu dengannya dipilih mengikut bulu. Persoalannya ada pihak yang menggelengkan kepala dan tidak kurang pula yang mengangguk perlahan. Fikirkan. Trend "orang dalam" atau cable cekang sudah menjadi kebiasaan dalam masyarakat MERDEKA kini. Sejauh mana kroniknya kroni ini? jawapannya ada pada anda. Pernahkah anda membuat temujanji untuk bertemu dengan pengarah TH (dikatakan saudara mara anda) untuk memasukkan nama anda sebagai jemaah haji. Tanpa menghiraukan beribu jemaah lain yang menunggu giliran untuk menunaikan rukun islam kelima itu? Anda jawab. Fikir sejenak. Berbusut siswazah mengganggur. Berulat sijil kemahiran digenggam. Puncaknya, semuanya tenggelam. Yang timbulnya, hanya kaki kipas. Mungkin anda rasa isu ini biasa. Mungkin anda antara mereka. Maruah diri, minat sejak dari berisi dan hasrat hati semuanya tergadai. Tenggelam dek kerakusan manusia sendir...

Pulau MASUM

Image
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyanyang... Segala puji bagi Allah...Tuhan Sekelian Alam Pelayaran HA pada kali ni singgah di Pulau MASUM...Hangpa taw MASUM tu apa? MASUM tu Majlis Sukan Universiti Malaysia...ha...Team MASUM ni la yang mai kat Stadium Utama Kangaq...lawan bola dengan team Perlis HA...lagak mengaku...untuk apa? depa lawan bola nak dapat piala emas raja-raja...dah suku akhir dah pun...sapa menang? kena baca bagi abih la...HA bayaq tiket mahai2 hangpa nak taw result teruih...mana boleh... Piala emas raja-raja ni kalau hangpa nak taw merupakan piala keagungan raja-raja Melayu dulu...kira team mana yang menang piala ini kira sultan negeri tu boleh bangga la ckit...walau macam mana pun bukan senang nak menang...la ni bukan setakat negeri-negeri ja yang masuk tapi geng luar pun teringin nak dapat piala tu...piala ni jugak sebagai medan pendedahan untuk geng muda kita ni untuk berjaya dalam karier bola sepak depa...Post kali ni siap ada gambaq lagi sebaga...

Pulau MLM

Hari-hari aku goreng nasi ikan bilis Sebulan sekali makan daging masak kari Hari-hari aku makan pizza dan spaghetti Sampai tengok nasik pun dah tak lalu lagi Miskin atau kaya sementara saja ewahh… Harta bukan boleh beli tiket masuk syurga Miskin atau kaya ahai sama saja Lebih besar periuk hai lebih banyak keraknya ewahh… (lirik boria lagu senario "Boria Miskin Kaya") Selamat petang Jumaat... Kaya...Kaya...Kaya...Sapa tak ingin jadi kaya...Macam2 benda boley buat kan...Benda yang tak jadi pun akan jadi...maklumlah kaya...HA nak tya hangpa semua adakah semua orang kaya berjaya dalam hidup depa ??? Jawapannya...ada yang berjaya TAPI ramai yang tak berjaya... Bukan isu KAYA yang HA nak bincang kali ini...HA nak bincang tentang matlamat hidup... Realiti yang orang kaya pun selalu akui adalah duit banyak mana pun takkan cukup...Kalau ada duit Rm10...belanja macam ada RM10... kira macam ukur baju di badan sendiri jugak laa... Masalah yang timbul di sini apabila el...

Pulau Sedar

Salam kembali... Syukur Alhamdulillah...Agak lama jugak HA mendiamkan diri dari blog ni...ramai jugak teman2 yg bertanya sebab HA diamkan diri...HA merakamkan ucapan terima kasih kepada hangpa semua sebab berjaya tarik minat HA untuk kembali menulis dalam blog ni. Hangpa semua mesti mesti nak tau sebab HA tulis balik kan? Banyak sebab HA tulis balik....disamping niat nak beri motivasi dekat orang yang dah lama tinggal arena blog ni untuk tulis balik...Seperti semua sedia maklum dalam hidup kita ni mesti ada perubahan...dari baik kepada yang lebih baik...Jadi berubahlah selagi kita mampu berubah...jangan menyusahkan orang pulak bila hendak berubah tu... Satu sebab HA tulis blog...sebab ada benda...peristiwa...cerita... yang HA nak kongsi.. yang HA rasa boleh jadi panduan hangpa semua bila baca blog ni...kadang2 tu ada cerita2 yg syok..best...dan menarik yang layak dikongsi...macam luahan perasaan HA berpendapat tak sesuai la nak post dekat sini...kurang profesional namanya...HA ju...