Posts

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Image
Masuk bandar Sibu sudah boleh nampak dari jauh Edisi jeling2 kali ini saya hendak berkongsi tentang review untuk RH Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Sibu. Bagi pengunjung yg suka shopping dan bersantai inilah tempatnya. Bersebelahan dengan Wisma Sanyang, jalan kaki pun tak sempat berpeluh. Bagi yg menaiki kereta, parking disediakan di aras bawah hotel tetapi agak terhad. Mungkin akan penuh apabila time cuti sekolah atau event2 yang dibuat di hotel ini. Untuk semua tahu, hotel ini memang popular dengan event2 besar bertaraf antarabangsa. Parking yang disediakan percuma, pengunjung cuma perlu beritahu no bilik dekat guard apabila hendak keluar. Nice Reception Semasa check-in, staf reception layanan lemah lembut dan cekap. Bagi yg membawa banyak beg, service bellboy disediakan percuma. Jadi jangan risau. Bagi yang ambil set breakfast baucer diberikan semasa check-in untuk ditunjukkan di kaunter cafe. Bagi non-muslim, boleh tebus minuman alkohol di H...

Puskas Award 2016 : Nasib vs Skill

Image
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani.. Serta merta nama Faiz Subri, anak kelahiran Ayer Hitam Kedah melonjak naik sebab gol magis yang berjaya menang Anugerah Puskas di Zurich. Walaupun, ramai lagenda-lagenda bola sepak dunia cakap gol ni tak masuk akal tapi menang tetap menang. Dalam Islam, kita panggil rezeki.  Bercerita tentang gol lencong pelik tu, aku berpendapat benda ni terjadi sebab dua perkara. Satu, ujian dan pertolongan daripada Allah. Dua, tambah kemahiran yang ada pada Faiz. Bagi aku, siapa yg beriman kepada Allah kena percaya kepada Qada' dan Qadar. Kun Fa Ya Kun antara bukti nyata dalam Al-Quran bila mana Allah nak sesuatu benda tu terjadi. Dengar cerita, ada jugak pihak dari luar negara yang kaji pasal gol pelik tu. Baguslah bagi aku. Dari sudut sains, mungkin ada macam-macam teori fizik yang boleh disebut. Itu memang kerja depa, buat penyelidikan. Hasilnya macam-macam kita dapat dengar. Satu lagi, anugerah ni rasa memberi kesan de...

Pancinglah Sangat !!!

Ini cerita sepasang suami isteri yang dalam perjalanan ke rumah kenduri untuk berhari raya. Yang si suami memang sudah biasa sebab sudah masuk 3 tiga tahun bekerja di sini. Si isteri pula baru sampai seminggu.  Alkisah dalam perjalanan untuk berhari raya, terbaulah haruman yang kurang enak. Maklumlah suasana kg. Ada bau selut, tin kosong terbiar dan bermacam bangkai. Si isteri terus menutup hidung dengan tudung yang dipakainya sepanjang perjalanan. Pancinglah sangat. Kamu pun bukan bersih sangat. Terimalah seadanya. Bagi saya, si suami patut menegur si isteri untuk tidak berbuat demikian kerana tindakan itu boleh mendatangkan tanggapan yang buruk orang kampung ke atas mereka. Kalau ya pun tidak tahan, diam sudahlah. Dan senyum bila bertemu orang kampung. Mungkin ini situasi baru bagi si isteri tetapi si suami boleh memberi persediaan awal dengan memberi gambaran suasana kg untuk ke rumah tersebut. Tidak perlulah bagi saya untuk menjadi ‘mask of zorro’ sepanjang jalan....

Sayonara IPG

Image
4 bulan blog ini berhabuk. Bukan setakat berhabuk, lumut pun ada. 5 tahun setengah aku di IPGK Perlis. Memori yg tak dapat dilupakan. Macam2 manusia yg aku jumpa. Banyak juga pengalaman yg aku perolehi. Mengajar aku untuk jadi diri sendiri dan bentuk untuk jadi cikgu. Terima kasih kawan2. Tiap kawan2 ada personaliti masing2. Nak tahu tak? Mai aku ceritakan satu persatu.  Gambar akhir kami bersama. Diambil di pintu masuk blok pentadbiran. Malas pulak nak cerita. Sekadar bagi keyword sudahlah. Kita mula dengan gambar atas dulu. Dari tepi sebelah kiri. Syam, member paling ambil mudah semua benda. Apis katak, selalu menceriakan keadaan. Shon, jarang bersuara tapi kalau bersuara memang makan dalam. Taufiq, kawan yang paling sopan dan rapat. Qie, defender bola IPG. Fizi, pengadil bola dan ada iras2 Nasir Bilal Khan. Himi, complicated life. Haikal, paling handsome (masuk bakul angkat sendiri). Izwan, memang tabik kalau buat presentation. Zaid (tok daud), kembar saya dan meman...

Terawih

Dengan namamu Ya Allah, Ada tak diantara kita yg menyimpan hasrat utk solat terawih penuh. Mesti ada kan? Kalau disoal semua pasti teringin merasa nikmat itu. Pahalanya hanya Allah  sajalah yg mengetahui. Hari ni hari kedua aku berjaya menunaikan hasrat itu. Nak tahu rahsianya? Aku bpegang pada kata ayahanda, nak berjaya mesti ada strategi. Mana boleh hentam keromo saja. Mula2 kita kena tetapkan azam nak solat terawih penuh tahun ini. Kalau boleh hebahkan, bt tambah keyakinan diri. Pastu selalu berdoa pada Allah. Minta pada Allah agar dipermudahkan azam kita tuh. Minta bonda ayahanda doa sekali. Baru berkat. Satu lagi waktu buka puasa tu makan sikit saja. Jgn melantak sampai 3 pinggan. Memang berat perut la nnt nak sujud. Macam2 alasan yg diberi nanti. Yg tu sajalah strategi terawih buat masa ni. Selamat beramal. Sekian dari kayangan.

Kahwin

Dengan namamu ya Allah... Bila ko nak kawin? Soalan yg meresahkan golongan bujang. Pelbagai jawapan yg diberikan. Tak kurang juga ada yg mengelakkan diri dan terus membisu. Semua insan normal mesti nak kahwin. Bila sebut soal kahwin pasti ramai yg suka. Tapi bersediakah si bujang? Hanya diri mampu bgi jawapan. Si bujang tak kira lelaki mahupun prempuan pasti ada kriteria yg diimpikan utk bergelar pasangan hidup. Ada yg mahu mancung,lesung pipit, tanggungjawab, penyanyang dan matang. Terpulanglah. Bagi aku, kahwin adalah agenda yg besar dan memerlukn perancangan dan persediaan yg rapi. Persediaan sebelum, semasa dan selepas kahwin. Macam pyataan praktikum plak. Ramai yg cakap kahwin muda la bagus. Anak ramai nanti. Aku senyum saja sbb yang cakap tu macam tuhan plak boleh confirm dapat anak ramai. Rezeki Allah yg tentukan bos. Lihat dalam2 pada diri kita. Yg adam, mampukah kamu memimpin hawa yg sarat dgn konflik dirinya. Adakah kamu pasti dgn pilihan ini? Apa bukti yg kamu b...

Masamu Doaku

Dengan namamu ya Allah...syukur kehadratmu tinggal beberapa hari saja lagi semester terakhirku akan membuka tirai sekaligus menutup cutiku pada kali ini. Dengar cerita jadual pun sudah keluar. Cuti kali ini berbeza dari cuti sebelum ini. Apa yang berbeza? Jawapannya masa. Cerdik pandai mengatakan masa itu emas. Salah. Masa itu nyawa. Mengapa aku berkata demikian? Jika kamu mengatakan bahawa masa itu emas, semua orang kaya dalam dunia ini pasti mampu dan cekap dalam menguruskan masa. Berlaku sebaliknya, ramai juga dalam kalangan orang kaya yang gagal menguruskan masanya dengan baik. Jelaslah masa itu bukan emas tapi nyawa. Perkara ini disedari oleh aku selama tempoh cuti ini. Sebelum cuti, aku beranggapan bahawa aku memerlukan masa yang banyak untuk merehatkan badan setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan. Oleh itu, aku tolak semua tawaran yang aku rasakan akan menyibukkanku. Tindakkanku menolak tawaran tersebut kurasakan betul dan aku telah menguruskan ...