Puskas Award 2016 : Nasib vs Skill
Dengan nama Allah yg maha pemurah lagi maha mengasihani..
Serta merta nama Faiz Subri, anak kelahiran Ayer Hitam Kedah melonjak naik sebab gol magis yang berjaya menang Anugerah Puskas di Zurich. Walaupun, ramai lagenda-lagenda bola sepak dunia cakap gol ni tak masuk akal tapi menang tetap menang. Dalam Islam, kita panggil rezeki.
Bercerita tentang gol lencong pelik tu, aku berpendapat benda ni terjadi sebab dua perkara. Satu, ujian dan pertolongan daripada Allah. Dua, tambah kemahiran yang ada pada Faiz. Bagi aku, siapa yg beriman kepada Allah kena percaya kepada Qada' dan Qadar. Kun Fa Ya Kun antara bukti nyata dalam Al-Quran bila mana Allah nak sesuatu benda tu terjadi.
Dengar cerita, ada jugak pihak dari luar negara yang kaji pasal gol pelik tu. Baguslah bagi aku. Dari sudut sains, mungkin ada macam-macam teori fizik yang boleh disebut. Itu memang kerja depa, buat penyelidikan. Hasilnya macam-macam kita dapat dengar.
Satu lagi, anugerah ni rasa memberi kesan dekat banyak pihak. Macam Faiz sendiri, macam mana dia serap tekanan lepas tiba-tiba jadi terkenal. Bahagian yang paling aku seronok bila wartawan astro arena temubual mak dia,
Wartawan, mak cik dok tengok ka Faiz dok lawan bola kat stadium?
Mak Faiz, mak cik jarang tengok bola, pak cik ja yang dok minat. Tapi mak cik tau yang anak mak cik pandai main bola. DULU, dia main kat sekolah dia boh gol 10 biji dia sorang ja tapi time tu hujan lebat la..
Apa sebab aku seronok dengan jawapan mak Faiz ni?
1- mak Faiz cakap jujur walaupun anak dia menang anugerah. Cakap tak minat bola. Ada orang yang pura-pura minat bila keadaan macam ni. Tambah pula ayat akhir tu. Gol waktu hujan. Maksudnya, memang hebat la si Faiz ni.
2- mak Faiz naikkan semangat anak dia sendiri dengar imbas balik cerita dulu pasal 10 gol semasa hujan. Kalau aku jadi Faiz pun aku bangga..mak sendiri puji.
Aku harap lepas ni ramailah pihak yang memberi perhatian dekat pemain yang namanya tak gah (tak pernah wakil malaysia/jdt). Aku akui banyak pemain yang masih lemah dalam skill dan pengurusan emosi dalam padang tapi benda ni perlu dipelajari. Bagi aku, jurulatih pun tak boleh nak ambil pemain yang sudah bagus2 semua.
Cukup la setakat tu pasal Faiz Subri. Aku ucap tahniah atas kejayaan hang. Bukan senang nak duduk sekali dengan CR7 pastu menang anugerah pulak. Moga ramai anak muda yang ambik teladan daripada peristiwa bersejarah. Semoga berjaya Faiz Subri AyaqHitam2016.

Comments