Masamu Doaku

Dengan namamu ya Allah...syukur kehadratmu tinggal beberapa hari saja lagi semester terakhirku akan membuka tirai sekaligus menutup cutiku pada kali ini. Dengar cerita jadual pun sudah keluar. Cuti kali ini berbeza dari cuti sebelum ini. Apa yang berbeza? Jawapannya masa.

Cerdik pandai mengatakan masa itu emas. Salah. Masa itu nyawa. Mengapa aku berkata demikian? Jika kamu mengatakan bahawa masa itu emas, semua orang kaya dalam dunia ini pasti mampu dan cekap dalam menguruskan masa. Berlaku sebaliknya, ramai juga dalam kalangan orang kaya yang gagal menguruskan masanya dengan baik. Jelaslah masa itu bukan emas tapi nyawa.

Perkara ini disedari oleh aku selama tempoh cuti ini. Sebelum cuti, aku beranggapan bahawa aku memerlukan masa yang banyak untuk merehatkan badan setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan. Oleh itu, aku tolak semua tawaran yang aku rasakan akan menyibukkanku. Tindakkanku menolak tawaran tersebut kurasakan betul dan aku telah menguruskan masaku dengan baik. TIDAK SEBENARNYA. 

Buktinya??? Apa pandangan kamu tentang menguruskan masa dengan baik?

Melalui bacaanku, ramai pakar psikologi mengatakan bahawa menguruskan masa dengan baik bermaksud seseorang itu mengisi masanya yang ada dengan aktiviti yang mendatangkan faedah ke atas dirinya dan orang lain. Tersentap aku. Selama ini aku rasa uruskan masa dengan baik ini macam buat jadual harian, kena tidur ikut masa, makan ikut waktu dan lain-lain. Salah rupanya. 

Apa yang aku isi cuti kali ini? Update laman sosial, tengok wayang, gosip sana-sini, cantas orang. Aduh. Tak baik mengeluh. Kata ayahanda. Kamu sepatutnya doa kepada Allah minta Allah bantu kamu uruskan masa dengan baik. Kita ini hamba dia. Kamu free dari injured pun Dia yang tentukan. Lama aku menungkan kata ini. Pendek tapi bermakna.

Kuharap aku takkan mengabaikan masa. Kupegang kata ini, teruskan usaha meskipun situasi semakin sulit.
Sekian dari kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM