Posts

Tergamaknya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Salam hormat. Kabhi-khabi kita terlupa erti sebenar persahabatan. Persahabatan yang jalin sendiri oleh kita bagi mengisi kehidupan. Maka hari ini, tergamakkah kita menodai nilai persahabatan itu hanya kerana markah atau lebih jelas lagi maha tinggi pointer (bagi mahasiswa pendidik IPG)? Tergamakkah kita menjatuhkan air muka sahabat kita sendiri demi maha tinggi pointer yang diimpikan? Hari ini, kita tergamaknya. Demi maha tinggi pointer, semua itu telah berlaku. Ini mesti golongan "viru shastrabudhhi" dalam filem 3 idiots. "viru shastrabudhhi" mengatakan "hidup satu perlumbaan, hanya satu yang terbaik akan dipandang oleh orang". Oleh sebab itulah sekarang semua orang berlumba-lumba nak jadi no.1. Bagaimana nasib no.2 dan no.3? Takkan tak dipandang langsung. Padahal perbezaannya hanya sedikit. Berbalik kepada kesah tergamaknya kita menjatuhkan maruah sahabat demi kepentingan kita di hadapa...

Menangislah...

Salam hormat. "Jika awak mahu menjadi seseorang dalam hidup, jika awak mahu mencapai sesuatu, jila awak mahu menang, selalu dengar kata hatimu, dan jika tiada jawapan, Pejamkan mata awak dan fikirkan kedua orang tuamu, dan kemudian, awak adakan dapat mengatasi segala halangan, semua masalah akan TERselesai. kejayaan akan jadi milikmu,  hanya untukmu, dirimu." Acapkali ujian datang menguji pada yang berhak diuji. Mengikut kemampuan. Seringkali juga ujian menuntut hati ini menangis, menangis tanpa sebab yang utuh. Perlukah menangis? Sangat perlu. Kabhi-khabi kita perlu menangis jugak. Apa faedahnya simpan air mata kan ? Hatiku tetap mengatakan bahawa air mata memang patut mengalir membasahi rekahan alur pipi. Dia datang tanpa kita sedar, yang pentingnya dia juga akan mengalir tanpa kita sedar bukan. Saat hati tersentuh , tak kira tampan mana sekalipun, saat mengalir, ibu jualah tempat diri berkongsi pilu, kepada-Nya juga tempat memohon moga dipermudahkan u...

Kekasih Abdi Termenung

Salam hormat Kekasih abdi termenung                        Merenung ke luar jendela diri,                     Lalu bertanya,  Mengapa kasih terus dicurah, Tanpa mengira putih mahupun merah, JawabNya mudah, Aku Mengetahui. Kekasih abdi termenung Merenung ke luar jendela diri, Lalu terus bertanya, Mengapa ada derita, Bila bahagia tercipta, Mengapa ada sang hitam, Bila putih menyenangkan, JawabNya mudah Aku Lebih Mengetahui Kekasih abdi termenung Merenung ke luar jendela diri, Akhirnya bertanya, Mengapa diri terus hidup Walau diri diselubungi bangkai kufur Jawabnya akhir Aku Maha Mengetahui  

Bingung Sebentar

Salam hormat. Kali ini HA bingung. Mana yang penting. Diri sendiri atau orang lain. Dari kecik HA diajar untuk mendahului keperluan orang lain melebihi diri sendiri. Ayat ayahanda mudah, kita hidup bermasyarakat, kita tolong orang hari ini, Allah akan tolong kita pulak nanti. Masih jelas terngiang di telinga gabungan frasa itu. Itu sebab kalau nak beli KFC, MCd, MB, Pizza atau lain-lain lagi, HA takkan dapat beli time asrama ayahanda ada penghuni. Memang permohonan takkan diluluskan. Sebabnya? Kesian dekat penghuni asrama tengok makanan 'mewah' itu keluar dari bonet kereta. Terpaksalah simpan hajat itu time hujung minggu penghuni asrama balik. Mungkin sebab terbiasa macam itu. Timbul kekeliruan bila HA dah dewasa begini. Di saat timbulnya masalah. HA berada di persimpangan, siapa yang nak didahulukan? diri sendiri atau orang lain. Bagi HA, kita perlu melihat kepada keutamaan. Baru boleh buat keputusan. Kalau orang lain lebih memerlukan, biarlah kita mengalah. Mengalah tak...

Berubahlah

Salam hormat. jangan dikenang kalau engkau seorang jangan diingat kalau engkau termenung mungkinkan hati rasa ragu dan bimbang tiada siapa akan menolong lupakan sudah kisah yang telah lalu jangan diikut kata hatimu sayang apalah guna duduk bersedih pilu cari hiburan sambil berdendang hidup kita bukan untuk derita juga derita tidak selamanya jangan dibuang usia yang masih muda agar tak kesal di hari muka (hidup bukan untuk derita : ahmad jais) Baiklah. HA ucap tahniah kat si fulan yang berjaya goncang mood HA minggu lepas. Si fulan yang agak hebat tapi belum cukup hebat untuk HA. Hebatnya adalah sebab tindakan si fulan ini buat HA ingat kesah 5-7 tahun lepas. Nyaris janji HA, 5 tahun dulu diingkari. Nyaris juga muka, perut, kaki tangan si fulan ini dicium HA. Sebabnya, si fulan ini biadap sangat. Lidah macam biawak. Sembang persis burung kakak tua beri salam. Tolonglah jangan bagi HA ingkar janji depan ayahanda 5 tahun lepas. Tolong sangat. Kalau setakat 5 ora...

Kerana Gagal

Salam hormat. Kejayaan. Itulah yang diimpikan semua. Kejayaan mampu beri segala-galanya. Beri segala yang termimpi di katil menjadi kenyataan. Semua yang mampu termimpi. Ada yang kata, hanya kejayaan mampu buat diri jadi jutawan. Jadi hamba ringgit. Demi Maha Suci Ringgit, ada sanggup buat apa saja, untuk terkenal dan dikenali. Saat kini, ramai yang dahagakan kejayaan. Sudah termaktub dalam otak, kehidupan satu perlumbaan. Semua akan berlari menuju destinasi. Yang lambat akan dianggap gagal walaupun sampai ke destinasi. Bezanya cuma lambat dan cepat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Layakkah kita menghukum Pencipta sekiranya Dia lambat mengabulkan doa? Tentu tidak layak. Dunia pada hari ini tidak pandang langsung yang LAMBAT dalam perlumbaan. Hari ini HA nak kongsi, yang gagal juga ada maruah. Jangan langsung dihina. Syukur hari ini, di Masjid Faizzuddin insan yang gagal juga rasa dihargai. Insan itu dikenal kerana gagal. Ada juga hamba Allah yang sanggup turun darj...

Maafkan Aku

Salam hormat. Hari ini aku dapat dengar titisan air mata itu mengalir. Mengalir dengan sangat ikhlas. Sangat ikhlas. Ikhlas mencintaiku. Meskipun tak nampak, jelas air mata itu mampu memberi pengertian buatku. Ya Allah, mengapa kau selindungkan rasa cinta hambamu ini kepadaku? Maha suci Allah yang Maha Mengetahui setiap kejadian. Aku benar-benar tak tahu dia mencintaiku. Rasa rindu yang mendapatkan aku kembali. Kembali menjadi aku. Aku janji, tidak akan ada lagi air mata yang mengalir keranaku. Maafkanku. Sekian dari kayangan.