Tergamaknya

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.

Salam hormat. Kabhi-khabi kita terlupa erti sebenar persahabatan. Persahabatan yang jalin sendiri oleh kita bagi mengisi kehidupan. Maka hari ini, tergamakkah kita menodai nilai persahabatan itu hanya kerana markah atau lebih jelas lagi maha tinggi pointer (bagi mahasiswa pendidik IPG)? Tergamakkah kita menjatuhkan air muka sahabat kita sendiri demi maha tinggi pointer yang diimpikan? Hari ini, kita tergamaknya. Demi maha tinggi pointer, semua itu telah berlaku. Ini mesti golongan "viru shastrabudhhi" dalam filem 3 idiots. "viru shastrabudhhi" mengatakan "hidup satu perlumbaan, hanya satu yang terbaik akan dipandang oleh orang". Oleh sebab itulah sekarang semua orang berlumba-lumba nak jadi no.1. Bagaimana nasib no.2 dan no.3? Takkan tak dipandang langsung. Padahal perbezaannya hanya sedikit.

Berbalik kepada kesah tergamaknya kita menjatuhkan maruah sahabat demi kepentingan kita di hadapan umum lain. Memarahi, menengking, menarik muka masam demi MAHA TINGGI POINTER. Adakah untuk jadi cikgu (DG41) mesti mesti 4rata? Ataupun hanya seorang sahaja dalam satu batch akan jadi cikgu? Mustahil perkara ini berlaku. Kawan2, cikgu bukan komputer yang ada semua data yang kita setkan. Cikgu adalah insan yang bakal memanusia manusia di atas muka bumi.  Semua yang LULUS akan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Perguruan seterusnya layak untuk jadi cikgu. Kata ayahanda, untuk jadi cikgu, kita tak perlu pandai sangat, tak perlu jadi Top Student, cukuplah sekadar mampu berbuat baik kepada orang lain. Selepas ini tolonglah jangan, hanya kerana isi pembentangan yang sama kita tergamaknya melakukan kerana takut markah akan dapat SEDIKIT, Isi pembentangan telah diulang berkali-berkali. Kita mesti sedar bahawa sejauh mana usaha kita maka begitulah hasilnya. Jangan jadi seperti endau dalm belukar, mencari-cari sinaran mentari lalu melepaskan pucuk masing-masing. Maaf andai pendapatku bercanggah dengan kalian semua. Kerana dari kecil lagi, ibuku telah mendidik untuk utamakan orang lain dahulu sebelum keperluan diri sendiri. Sekian dan maaf dari Kayangan.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Terawih