Pejam Celik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani...

Alhamdulillah pejam celik, pengajianku di sini hanya tinggal beberapa bulan lagi. Walaupun belajar di negeri sendiri, cabaran dan halangan tetap juga ada. Yang pastinya selama aku belajar di sini, aku belajar macam-macam. Yang paling aku suka apabila aku dapat mengkaji telatah dan ragam teman sekelasku. Ada yang suka buat 'style', ada yang 'cool' sentiasa dan tak kurang jugak yang cepat melatah di kala konflik melanda. Dari kecil lagi aku diajar untuk bertolak ansur dalam setiap keadaan yang merunsingkan. Maklumlah anak sulung, mesti pandai atasi masalah. Jika tidak baik jadi anak tunggul.

Selama aku belajar, aku suka tengok cara teman-teman lelaki yang cukup kuat prinsip assabiah. Makan bersama, main bersama dan adakalanya tidur pun bersama. Mereka akan bersatu di bawah satu keputusan jika warga kelas berada dalam dilema. Mesti ada dalam kalangan mereka yang berkeputusan lain tetapi perkara itu ditelan dalam-dalam. Nak jaga hati kawan.

Berbeda pula dengan teman-teman perempuan. Tak kira apa status diri mereka sama ada tinggi, ketot, putih, kalut mahupun sentimental, kesemuanya jika berhimpun sama-sama mesti gosip (bercerita tentang diri orang ketiga). Aku tertanya juga sama ada perkara ini, perkara biasa bagi semua kaum sejenis mereka atau perkara ini berlaku hanya pada teman-temanku saja ?? Naik pening. 

Simpulnya, ikhlas dari lubuk dalam hatiku, walau siapa pun mereka aku tetap menerima mereka seadanya kerana cerita aku selama aku belajar di sini berkisah tentang aku dan mereka. Terpulang kepada mereka bagaimana mahu menerima aku. Aku belajar dari kamu, mereka dan menjadi kita. Mereka semua sahabatku yang kukenang sampai akhir hayatku.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM