Berhabuk
Bismillah... praktikum yang paling bongsu semakin sampai ke penghujungnya. Terlintas tadi mahu singgah sebentar di sini. Saya kira laman ini amat berhabuk dibiarkan tanpa aksara yang mengenyangkannnya. Mana tidaknya, habis seluruh anggota dikerah bekerja demi masa depan yang murni. Biasalah manusia, kalut dengan urusan dunia.
Begitu juga aku. Banyak sebenarnya kisah-kisah yang mencuit hati, menggelorakan perasaan dan meremukkan usaha sepanjang berpraktikum. Apa pun kisahnya, aku harap setiap kejadian yang berlaku itu mampu mematangkan diri ini bagi menempuh perjalanan yang insyaAllah masih panjang dan berliku.
Habuk
Berhabuk
Terhabuk
Angkara aku, kau dihabuki
Maaflah !!!
Aku tak terniat menghabukkanmu
Comments