Selamat Datang Terengganu

Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat

InsyaAllah kali ini akan kuperihalkan pengembaraanku ketika di Terengganu. Kuharapkan perihalku ini dapat membantu kalian yang sedang membaca dan ingin berkunjung ke sini. Perihal pengembaraan yang akan kuceriterakan ini sangat molek bagi pasangan raja sehari untuk berbulan madu, pasangan keluarga yang mencari keserasian bersama dan kembara solo sepertiku. Maka bermulalah hikayat pengembaraanku  selama 4 hari 3 malam dengan bajet RM 600 seorang lebih kurang.


Sudah menjadi adat hendak bermalam, sudah tentu perlu mencari tempat berteduh. Di sini, ada pelbagai jenis tempat berteduh bermula dari hotel bertaraf 7 bintang sehinggalah homestay yang mampu memuatkan 3 keluarga (15 orang). Bergantung pada bajet kalian. Kunasihatkan kalian menempah lebih awal sekurangnya sebulan bagi mengelakkannya penuh. Tempahan kubuat melalui atas telefon bukan atas talian memandang ketakutanku akan keselamatan 4 angka belakang nombor kad kredit yang cukup bernilai buat si penipu.



Perlis > Gurun > Baling >Pengkalan Hulu > Gerik >Jeli > Machang > Tanah Merah > Kuala Terengganu. Itulah laluan yang bakal dilalui oleh mana-mana manusia berkereta dari utara Malaysia. Pengembaraan yang  mengambil masa 7-8 jam untuk sampai ke tempat yang dihajati bakal dibantu oleh Guna Petunjuk Sehala (GPS). Telah kusiapkan mental dan fizikal untuk perjalanan panjang ini InsyaAllah. Ayuh ke Terengganu 1.

Comments

Popular posts from this blog

Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Warkah RINDU

Pulau MASUM