Epic 3D
Assalamualaikum w.b.t dan salam hormat
HA : Kita nak tunggu ka..kita nak balik ? (tanya HA pada AA)
AA : Ce abang beralih belakang tengok, nak balik ka..nak tunggu?
HA pun menoleh ke belakang. Ya Rabbi ramainya orang. Panjang beratur. Depan belakang ada lebih kurang 20 orang. Ini nak beli tiket wayang atau nak ambil wang BR1M ? Tanyaku sendiri dalam hati. Terus HA mematikan niat untuk keluar dari beratur bagi membeli tiket filem EPIC 3D. Filem 3D pertama buat HA. Tunggu punya tunggu sampai lebih kurang setengah jam sampai ke kaunter tiket.
HA : Filem EPIC 3D ada?
Abang tiket : Ada. Tapi mula dah 10 minit. Tempat duduk line kedua paling depan mau?
HA : Yaka ? (saja buat-buat tanya padahal tempat duduk di mana-mana pun xpa, asalkan ada. Teringin sangat nak tengok filem 3D ) Ok. 2 Dewasa.
Melayang sudah RM 38. Terus bergesa masuk ke skrin 4 (nombor bilik tayangan). Sampai di pintu masuk skrin 4.
Abang 3D : Sat. Hangpa nak pi mana? Meh tiket dulu nak cop.
HA : Nak pi mengaji la abg. (teringin nak jawab macam tu tapi tak jadi) Apa punya soalan (dalam hati HA).
Abang 3D : Ambik speck ni, try dulu belakang panggung, kalau tak boleh mai tukaq.
Speck ok. HA dan AA terus pulun ke line kedua. Line yang kaki panggung memang tak suka. Duduklah asalkan dapat tengok 3D. Fuhh...nampak sebijik-sebijik depan mata. Burung terbang bagaikan boleh ditangkap dengan senang. EPIC 3D memang seronok dan mengujakan HA.
Bagi HA, Epic merupakan filem animasi komedi berjaya menimbulkan unsur kasih sayang, persahabatan dan pengorbanan diri untuk membantu kelompok masyarakat yang dilanda bencana. Penyusunan jalan cerita oleh pengarahnya yang telah mengarahkan filem RIO dan ICE AGE yang baik sudah cukup untuk membuatkan HA dan kaki panggung lain senantiasa kebasahan gusi dan melelehkan air mata pada akhir plotnya. Unsur suspend juga berjaya kerana pengarah menyudahkan detik mendebarkan itu dengan perkara yang tidak dapat dijangka oleh penonton. Unsur romantikus diselitkan bagi menonjolkan elemen pengorbanan dalam filem. Itulah serba sikit tentang EPIC 3D. Kalau hendak tahu lagi silalah beli tiket dan tengok. HA cuma boleh tulis yang filem ini sesuai untuk semua dan sangat mengujakan. Filem yang mesti ditonton secepat mungkin.
Tamat sejam 45 minit, kepuasan RM 19 yang dilayangkan oleh abang, ayah, pakwe, kawan semuanya jelas terpancar di wajah. Masyarakat penonton EPIC 3D keluar melalui pintu KELUAR (lampu hijau) sambil memberi kembali speck. Semua keluar menuju ke tandas (untuk apa ke tandas? di tiket tidak dinyatakan pun perlu ke tandas selepas keluar dari panggung). Tetapi itulah hakikatnya tidak mengira pria mahupun juwita. Cukup setakat itu. Sekian dari kayangan.
Comments