Posts

Showing posts from 2014

Sayonara IPG

Image
4 bulan blog ini berhabuk. Bukan setakat berhabuk, lumut pun ada. 5 tahun setengah aku di IPGK Perlis. Memori yg tak dapat dilupakan. Macam2 manusia yg aku jumpa. Banyak juga pengalaman yg aku perolehi. Mengajar aku untuk jadi diri sendiri dan bentuk untuk jadi cikgu. Terima kasih kawan2. Tiap kawan2 ada personaliti masing2. Nak tahu tak? Mai aku ceritakan satu persatu.  Gambar akhir kami bersama. Diambil di pintu masuk blok pentadbiran. Malas pulak nak cerita. Sekadar bagi keyword sudahlah. Kita mula dengan gambar atas dulu. Dari tepi sebelah kiri. Syam, member paling ambil mudah semua benda. Apis katak, selalu menceriakan keadaan. Shon, jarang bersuara tapi kalau bersuara memang makan dalam. Taufiq, kawan yang paling sopan dan rapat. Qie, defender bola IPG. Fizi, pengadil bola dan ada iras2 Nasir Bilal Khan. Himi, complicated life. Haikal, paling handsome (masuk bakul angkat sendiri). Izwan, memang tabik kalau buat presentation. Zaid (tok daud), kembar saya dan meman...

Terawih

Dengan namamu Ya Allah, Ada tak diantara kita yg menyimpan hasrat utk solat terawih penuh. Mesti ada kan? Kalau disoal semua pasti teringin merasa nikmat itu. Pahalanya hanya Allah  sajalah yg mengetahui. Hari ni hari kedua aku berjaya menunaikan hasrat itu. Nak tahu rahsianya? Aku bpegang pada kata ayahanda, nak berjaya mesti ada strategi. Mana boleh hentam keromo saja. Mula2 kita kena tetapkan azam nak solat terawih penuh tahun ini. Kalau boleh hebahkan, bt tambah keyakinan diri. Pastu selalu berdoa pada Allah. Minta pada Allah agar dipermudahkan azam kita tuh. Minta bonda ayahanda doa sekali. Baru berkat. Satu lagi waktu buka puasa tu makan sikit saja. Jgn melantak sampai 3 pinggan. Memang berat perut la nnt nak sujud. Macam2 alasan yg diberi nanti. Yg tu sajalah strategi terawih buat masa ni. Selamat beramal. Sekian dari kayangan.

Kahwin

Dengan namamu ya Allah... Bila ko nak kawin? Soalan yg meresahkan golongan bujang. Pelbagai jawapan yg diberikan. Tak kurang juga ada yg mengelakkan diri dan terus membisu. Semua insan normal mesti nak kahwin. Bila sebut soal kahwin pasti ramai yg suka. Tapi bersediakah si bujang? Hanya diri mampu bgi jawapan. Si bujang tak kira lelaki mahupun prempuan pasti ada kriteria yg diimpikan utk bergelar pasangan hidup. Ada yg mahu mancung,lesung pipit, tanggungjawab, penyanyang dan matang. Terpulanglah. Bagi aku, kahwin adalah agenda yg besar dan memerlukn perancangan dan persediaan yg rapi. Persediaan sebelum, semasa dan selepas kahwin. Macam pyataan praktikum plak. Ramai yg cakap kahwin muda la bagus. Anak ramai nanti. Aku senyum saja sbb yang cakap tu macam tuhan plak boleh confirm dapat anak ramai. Rezeki Allah yg tentukan bos. Lihat dalam2 pada diri kita. Yg adam, mampukah kamu memimpin hawa yg sarat dgn konflik dirinya. Adakah kamu pasti dgn pilihan ini? Apa bukti yg kamu b...

Masamu Doaku

Dengan namamu ya Allah...syukur kehadratmu tinggal beberapa hari saja lagi semester terakhirku akan membuka tirai sekaligus menutup cutiku pada kali ini. Dengar cerita jadual pun sudah keluar. Cuti kali ini berbeza dari cuti sebelum ini. Apa yang berbeza? Jawapannya masa. Cerdik pandai mengatakan masa itu emas. Salah. Masa itu nyawa. Mengapa aku berkata demikian? Jika kamu mengatakan bahawa masa itu emas, semua orang kaya dalam dunia ini pasti mampu dan cekap dalam menguruskan masa. Berlaku sebaliknya, ramai juga dalam kalangan orang kaya yang gagal menguruskan masanya dengan baik. Jelaslah masa itu bukan emas tapi nyawa. Perkara ini disedari oleh aku selama tempoh cuti ini. Sebelum cuti, aku beranggapan bahawa aku memerlukan masa yang banyak untuk merehatkan badan setelah berhempas pulas menghadapi peperiksaan. Oleh itu, aku tolak semua tawaran yang aku rasakan akan menyibukkanku. Tindakkanku menolak tawaran tersebut kurasakan betul dan aku telah menguruskan ...

Pejam Celik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Alhamdulillah pejam celik, pengajianku di sini hanya tinggal beberapa bulan lagi. Walaupun belajar di negeri sendiri, cabaran dan halangan tetap juga ada. Yang pastinya selama aku belajar di sini, aku belajar macam-macam. Yang paling aku suka apabila aku dapat mengkaji telatah dan ragam teman sekelasku. Ada yang suka buat 'style', ada yang 'cool' sentiasa dan tak kurang jugak yang cepat melatah di kala konflik melanda. Dari kecil lagi aku diajar untuk bertolak ansur dalam setiap keadaan yang merunsingkan. Maklumlah anak sulung, mesti pandai atasi masalah. Jika tidak baik jadi anak tunggul. Selama aku belajar, aku suka tengok cara teman-teman lelaki yang cukup kuat prinsip assabiah. Makan bersama, main bersama dan adakalanya tidur pun bersama. Mereka akan bersatu di bawah satu keputusan jika warga kelas berada dalam dilema. Mesti ada dalam kalangan mereka yang berkeputusan lain tetapi perkara itu dite...

Berhabuk

Bismillah... praktikum yang paling bongsu semakin sampai ke penghujungnya. Terlintas tadi mahu singgah sebentar di sini. Saya kira laman ini amat berhabuk dibiarkan tanpa aksara yang mengenyangkannnya. Mana tidaknya, habis seluruh anggota dikerah bekerja demi masa depan yang murni. Biasalah manusia, kalut dengan urusan dunia. Begitu juga aku. Banyak sebenarnya kisah-kisah yang mencuit hati, menggelorakan perasaan dan meremukkan usaha sepanjang berpraktikum. Apa pun kisahnya, aku harap setiap kejadian yang berlaku itu mampu mematangkan diri ini bagi menempuh perjalanan yang insyaAllah masih panjang dan berliku. Habuk Berhabuk Terhabuk Angkara aku, kau dihabuki Maaflah !!! Aku tak terniat menghabukkanmu