Posts

Showing posts from June, 2012

Road To Sukma

Assalamualaikum w.b.t Aku hidup kerna dia Rabbi, dialah teman, dialah wali, dia mencukupi, aku hidup bererti, menikmati damai abadi. Dalam kesesakan ke sana sini, aku mendapat pesanan dari teman bertulis 'Tahniah, lulus.'. Pada waktu itu hanya Allah sahaja yang mengetahui kegembiraan itu. Mau sahaja aku lihat sendiri result itu tetapi apakan daya aku sedang memimpin skuad kayangan yang akan berangkat ke bumi Tok Gajah dua minggu. Aku diam dalam gembira. Terus kedapatkan umi bagi mengetahui khabar gembira itu. Allah mengurniakan hambanya seperti yang telah diusahakan. Gerbang semester 4 direntasi dengan tenang.  Tidak sampai sepurnama lagi skuad kayangan yang kupimpin akan berperang di bumi asing Tok Gajah. Bumi yang kukira mengambil masa hampir setengah hari perjalanan. Perlbagai persiapan dijalankan bagi memperkemaskan keadaan yang akan berlaku. Bagi mempersiapkan diri, aku dan team perlu memastikan diri berada di MSN tepat jam 8.30 pagi untuk dibawa ke Pendang Lake Resort...

Surat Buat Umi

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah sudah dua hari berlalu semester 4 ini. Keputusan belum lagi muncul membuatkan debaran makin kencang. Sesekali terasa kekosongan yang amat sangat. Mungkin kekosongan yang melanda ini ada hikmah di sebaliknya. Anakanda sedar kekosongan dan kesesakan itu datangnya dari Allah, oleh itu, kepadaNyalah tempat anakanda meluahkannya. Sedikit kegembiraan pabila 'Men Are From Mars, Women Are From Venus' sudah dalam genggaman. Anakanda harap buku ini dapat membantu anakanda dalam mengkaji perihal teruna dan dara di bumi kayangan ini. Hari ini anakanda sengaja lari dari kebiasaan. anakanda duduk di bahagian tengah tempat duduk. Memerhatikan yang di hadapan dan mengerling yang di belakang. Hasilnya adalah content surat ini. "Seni Dalam Pendidikan. Apa ya? Saya cari orang kayangan untuk menjawab." Tuturnya sambil meneliti list name. Nama anakanda disebut. Anakanda menjawab dengan perlahan, takot-takot salah. Jawapan anakanda tepat. Pada mu...

a abertura de quatro semestre

Bismillahirrahmanirrahim... Detik ini keputusan semester lepas belum muncul. Aku dan teman-teman berdebar menantikan. Aku mohon pada Allah agar semuanya mumtaz. Sampai akhirnya. Cuti ini banyak yang kupelajari. Benar kata abah, kehidupan adalah proses belajar. Sentiasa belajar. Aku memenuhi ruang cutiku dengan melengkapkan 'Bukan Rindu Biasa'. Dalam usahaku dan pertolongan yang Maha Esa untuk belajar melaksanakan tugas 2 in 1. Pertama, bagi memenuhi tuntutan pemegang Sea Write Award. Kedua, bagi beralih arah dalam pertarungan sayembara remaja III. Kugagahi jua walaupun ku sangat mengerti ini bukan bidangku. Terus terang aku katakan aku lebih selesa beraksi dalam dunia puisi. Tetapi apakan daya keadaan memaksaku berbuat demikian. Alhamdulillah, berkat kubimbit 'Bukan Rindu Biasa' ke Shah Alam & Bumi Hang Tuah, akhirnya 'Bukan Rindu Biasa' menemui noktahnya. Aku sedar aku bukanlah penulis apatah lagi seniman. Aku juga merupakan captain skuad kayangan. Cu...