Jeling2 : RH Hotel, Sibu (Rimbunan Hijau Hotel)

Masuk bandar Sibu sudah boleh nampak dari jauh Edisi jeling2 kali ini saya hendak berkongsi tentang review untuk RH Hotel yang terletak di tengah-tengah bandar Sibu. Bagi pengunjung yg suka shopping dan bersantai inilah tempatnya. Bersebelahan dengan Wisma Sanyang, jalan kaki pun tak sempat berpeluh. Bagi yg menaiki kereta, parking disediakan di aras bawah hotel tetapi agak terhad. Mungkin akan penuh apabila time cuti sekolah atau event2 yang dibuat di hotel ini. Untuk semua tahu, hotel ini memang popular dengan event2 besar bertaraf antarabangsa. Parking yang disediakan percuma, pengunjung cuma perlu beritahu no bilik dekat guard apabila hendak keluar. Nice Reception Semasa check-in, staf reception layanan lemah lembut dan cekap. Bagi yg membawa banyak beg, service bellboy disediakan percuma. Jadi jangan risau. Bagi yang ambil set breakfast baucer diberikan semasa check-in untuk ditunjukkan di kaunter cafe. Bagi non-muslim, boleh tebus minuman alkohol di H...