Posts

Showing posts from April, 2014

Pejam Celik

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani... Alhamdulillah pejam celik, pengajianku di sini hanya tinggal beberapa bulan lagi. Walaupun belajar di negeri sendiri, cabaran dan halangan tetap juga ada. Yang pastinya selama aku belajar di sini, aku belajar macam-macam. Yang paling aku suka apabila aku dapat mengkaji telatah dan ragam teman sekelasku. Ada yang suka buat 'style', ada yang 'cool' sentiasa dan tak kurang jugak yang cepat melatah di kala konflik melanda. Dari kecil lagi aku diajar untuk bertolak ansur dalam setiap keadaan yang merunsingkan. Maklumlah anak sulung, mesti pandai atasi masalah. Jika tidak baik jadi anak tunggul. Selama aku belajar, aku suka tengok cara teman-teman lelaki yang cukup kuat prinsip assabiah. Makan bersama, main bersama dan adakalanya tidur pun bersama. Mereka akan bersatu di bawah satu keputusan jika warga kelas berada dalam dilema. Mesti ada dalam kalangan mereka yang berkeputusan lain tetapi perkara itu dite...

Berhabuk

Bismillah... praktikum yang paling bongsu semakin sampai ke penghujungnya. Terlintas tadi mahu singgah sebentar di sini. Saya kira laman ini amat berhabuk dibiarkan tanpa aksara yang mengenyangkannnya. Mana tidaknya, habis seluruh anggota dikerah bekerja demi masa depan yang murni. Biasalah manusia, kalut dengan urusan dunia. Begitu juga aku. Banyak sebenarnya kisah-kisah yang mencuit hati, menggelorakan perasaan dan meremukkan usaha sepanjang berpraktikum. Apa pun kisahnya, aku harap setiap kejadian yang berlaku itu mampu mematangkan diri ini bagi menempuh perjalanan yang insyaAllah masih panjang dan berliku. Habuk Berhabuk Terhabuk Angkara aku, kau dihabuki Maaflah !!! Aku tak terniat menghabukkanmu