Posts

Showing posts from October, 2013

Musashi

Bismillah... SubhanaAllah hari yang letih tapi bahagia. Macam mana itu? Selepas membantu ayahanda menguruskan program lepasan PMR, HA terus menuju ke rumah adinda RA. Pengembaraan menjadi Master Musashi. 120 km/j di atas lebuh raya telah memastikan HA sampai dalam satu jam setengah sahaja. Terus bermain dengan kucing yang 'demok'. Rindu kepada yang telah pergi sedikit terubat.  HA dilayan dengan lauk-pauk yang memang menyelerakan. Gulai ikan kering, puyu goreng rangup, kacang buncis daging korban dan ada lagi. Agak malas menulis menunya di sini. Selesai menyantap, HA bersama ayahanda adinda RA menuju ke destinasi tujuan. Menyapu joran promosi. Jauh di tengah pekan SP. Pekan yang banyak kereta lalu-lalang. Itu yang meletihkan. Sampai di kedai MELAYU ala 70-an. Menjual serba-serbi alatan Musashi. HA diibaratkan macam dinosaur tengok bola petanque. Tak tahu apa-apa. Pegang apa-pun dekat situ tidak gaya Musashi langsung apatah lagi mahu tanya soalan. La...

Haji 2013

Bismillah… Syukur raya kali ini dapat lagi berpeluang untuk beraya bersama insan-insan tersayang. Tak semua orang dapat peluang ini. Walaupun raya kali ini lebih kurang sama dengan tahun-tahun lepas, HA bersyukur kerana masih lagi dapat menikmati ketupat, serunding dan yang paling istimewa ialah daging korban. Sungguhpun ayahanda tidak membuat korban pada tahun ini tetapi rezeki makan daging korban itu sudah tertulis. Ramai yang menyedekahkan daging serta setnya pada kali ini. Bermula dari kaum kerabat, sahabat handai, jiran-jiran dan akhirnya kerajaan kita sendiri. Hari ini sudah masuk hari raya kedua, pengorbanan jemaah haji jelas terasa apabila HA menonton tv dan mendengar cerita-cerita orang yang pernah melangkah ke Tanah Suci. Jauh di sudut hati, teringin juga mahu ke sana tetapi HA dapat merasakan bahawa diri belum bersedia. Jika diizinkan HA mahu ke sana bersama bonda, ayahanda dan kakanda tercinta. Harap hari yang diimpikan itu akan tiba. Tentu seronok. Muda...